Jumaat, 12 Ogos 2011

Pemuda Umno Perak Melawan Titah Raja..??

Dewan Pemuda PAS Perak (DPPP) mendakwa pergerakan Pemuda Umno negeri itu ingkar titah pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk), melarang sebarang simbol politik kepartian dibawa ke dalam masjid.(Gambar sekadar hiasan)

DPPP mendakwa Pemuda Umno Perak telah menjadikan masjid sebagai pentas politik.Ini ekoran pelancaran program Tadarus al-Quran oleh Pemuda
Umno Perak di Masjid Jamek, Ayer Kuning, Kampar pada 6 Ogos lalu. "Dewan Pemuda PAS Perak secara jujurnya amat bersetuju dengan program (Tadarus al-Quran) yang diadakan oleh Pemuda Umno Perak bersempena di bulan Ramadhan ini.

"Tetapi yang peliknya ianya dianjurkan oleh sebuah parti politik yang mempunyai kuasa, dan tidak melalui penganjuran kerajaan negeri yang ditadbir oleh Umno/BN," kata timbalan ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss. Apa yang amat menyedihkan juga, tambahnya, ialah dengan kehadiran penasihat agama kepada menteri besar Perak, Kapteb (B) Datuk Mohd Najmuddin Alias, melancarkan majlis tersebut.

"Beliau yang juga dijemput hadir setiap kali mesyuarat MAIAMPk tentu maklum akan perkara ini. "Persoalan yang timbul sekarang (ialah) kenapa majlis seumpama ini tidak diadakan oleh kerajaan negeri? "Adakah Pemuda Umno Perak telah mendapat mendapat kelulusan untuk mengadakan majlis tersebut daripada MAIAMPk?" soalnya.

Berikutan itu, Dr Raja Ahmad berkata, pihaknya ingin mendapat kepastian MAIAMPk sama ada kebenaran diberikan untuk program tersebut diadakan di masjid. Dalam hubungan itu, katanya, semua parti politik hendaklah diberikan ruang yang sama sekiranya Pemuda Umno Perak dibenarkan membawa lambang parti mereka ke dalam masjid berkenaan.


1 ulasan: