Namun, video enam minit yang kini hangat tersebar di internet sejak awal minggu ini telah menunjukkan seorang lelaki yang mengatakan dirinya seorang umat Islam memberitahu para hadirin makan malam tersebut mengenai didikan Islam yang diterimanya dan bagaimana beliau telah tertarik kepada agama Kristian.
Di babak mula video tersebut, lelaki tersebut, yang nampak awal 40-am, menceritakan bagaimana beliau dan keluarganya dibesarkan dalam suasana keIslaman yang penuh berdisiplin, dengan menyatakan bahawa beliau disuruh melakukan banyak perkara ibadah Islam tambahan, tapi tidak memahami mengapa ia dilakukan, termaksud maksud al-Quran yang dibaca, termaksud yang sudah diterjemahkan.
“Jadi saya hanya baca (Quran) secara membuta-tuli tanpa memahami maksudnya sebenar,” video tersebut menunjukkan lelaki tersebut sedang memberikan ucapan di atas pentas, sementara pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) cuba memasuki dewan makan tersebut.
“Adik-beradik saya dan seluruh ahli keluarga dibesarkan untuk menjadi umat Islam yang sangat berdisiplin, jadi kita lakukan semua perkara, solat dan doa tambahan, puasa tambahan, doa tambahan dan segala-galanya tambahan,sambil ketawa sinis seperti menghina.
mana video tu oi!....jangan main cakap je tunjukkanlah video tu.
BalasPadamSalam saudara Awang..videonya boleh dtonton disini.TQ
BalasPadamhttp://mafiaboss2u.blogspot.com/2011/08/apa-kejadahnya-wanita-wanita-islam-ini.html