Selasa, 2 Ogos 2011

Tengok nii...Belajar Dalam Kontena,Najib Datang Buat "Bodoh"..??

Kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kedah atas tiket ‘gula-gula politik’ baru-baru ini menunjukkan ketakutan beliau terhadap kebangkitan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik menempelak kunjungan Najib itu sebagai menghina rakyat Kedah yang sememangnya telah mempunyai kesedaran politik yang tinggi.

“Rakyat Kedah cerdik. Kedatangan beliau ke kawasan DAP Kedah, menunjukkan apa? Sebab takutlah (dengan DAP)! Sebab itu beliau peruntukkan lebih RM1 juta untuk sekolah-sekolah di sini.

“Beliau pilih Alor Setar sebab hendak tunjukkan keprihatinannya kepada rakyat, di kawasan DAP pula itu… Tetapi rakyat tahu apa yang beliau mahu,” katanya kepada Roketkini.

Jelas Lee yang juga Adun Kota Darul Aman, terdapat banyak lagi sekolah dan kemudahan awam yang lebih memerlukan peruntukan, jika benar Najib ikhlas terhadap rakyat.

“SRJK (C) Pei Hwa di Kuala Kedah contohnya, sudah setahun lebih pelajar-pelajarnya belajar di dalam empat kontena sebagai bilik darjah, tetapi kenapa Najib tidak sumbang sesen pun? Sedangkan sudah bertahun-tahun pihak sekolah meminta kerajaan persekutuan memperbaiki sekolah tersebut,” soalnya.

Pada 28 Julai lalu, dalam urusan rasmi kerajaan, Najib telah datang ke Alor Setar sambil memperuntukkan lebih RM2 bilion untuk memajukan infrastuktur Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), termasuk sumbangan ‘ikhlas’ RM1.1 juta kepada tujuh buah sekolah dan Persatuan Bekas Pelajar SMJK Keat Hwa dan RM1.12 juta untuk pembangunan masjid-masjid.

Justeru Lee menyifatkan kedatangan Najib ke sini dengan menabur wang ringgit, hanyalah sekadar politik murahan dan ketinggalan zaman, serta petanda bahawa pilihanraya bakal tiba.

Selain itu beliau berkata, antara faktor lain ketakutan Perdana Menteri itu adalah kerana Najib sedar dan takut akan kebangkitan rakyat.

“Kedatangan beliau itu kerana takut dengan kebangkitan rakyat selepas perhimpunan aman Bersih 2.0 lalu, jadi beliau gunakan duitlah sebagai senjata untuk memancing undi.

“Bagaimana pun, mengikut pandangan rakyat di sini, Najib masih lagi angkuh apabila meminta-minta pula pujian dari rakyat Kedah, selepas menyumbangkan lebih RM2 bilion itu.

“Sepatutnya, peruntukan yang diberikan beliau itu adalah tanggungjawab beliau sebagai pemimpin, bukan semata-mata untuk mendapat pujian dan undi,” katanya.

Tambah Lee, sepatutnya sebagai pemimpin, beliau harus menjaga hati rakyat, bukan dengan menggunakan pendekatan ‘saya tolong awak, awak tolong saya.’

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa hubungan PAS-DAP yang ditonjolkan Utusan Malaysia berkaitan isu pengharaman pusat hiburan oleh kerajaan negeri sudah tamat.

“Perkara itu sudah dijelaskan, pengharaman hanya untuk orang Muslim sahaja, tiada apa yang perlu dihebohkan,” katanya, sambil menambah undang-undang itu selaras dengan negeri-negeri lain termasuk yang dikuasai oleh UMNO.

Malah, menurut Lee, hubungan DAP-PAS kini sudah bertambah baik dan saling bekerjasama, langsung menafikan pembohongan UMNO-Barisan Nasional bahawa DAP tidak ‘sekepala’ dengan PAS. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan