Jumaat, 16 September 2011

Bangsatt..Kolam Ternak Udang Campur Najis BABI..??


Penduduk Kampung Tengah, Pantai Remis di sini merayu kepada pihak berkuasa supaya menyiasat tindakan seorang pengusaha kolam ternakan udang dipercayai menggunakan campuran najis babi dalam kolam ternakan udang yang diusahakannya.

Penduduk, Norizuddin Ahmad berkata tindakan pengusaha berkenaan mula disedari sejak beberapa bulan lalu selepas penduduk berdepan dengan masalah bau busuk dari arah kolam tersebut.

“Pengusaha berkenaan dipercayai menggunakan najis babi untuk merawat kolam sebelum ternakan udang buat pusingan berikutnya dijalankan,.

“Sebelum ini, mereka menggunakan najis ayam untuk proses tersebut dan penduduk tidak berdepan dengan masalah bau yang busuk,” katanya.

Menurutnya, kolam tersebut mula beroprasi sejak tahun 1995 lalu dan kini mempunyai lebih 10 buah kolam ternakan.

Norizuddin berkata, masalah tersebut telah beberapa kali diadukan kepada pihak berkuasa namun sehingga sekarang tiada tindakan yang diambil oleh Pejabat Daerah Manjung, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung atau Pejabat Agama Daerah Manjung.

Rakan beliau, Abdul Halim Mat berkata, beliau berharap masalah itu dapat di atasi segera kerana ianya turut menganggu keselesaan jemaah di sebuah surau yang terletak kira-kira 30 meter dari kolam berkenaan.

“Selain masalah bau, pihak berkuasa turut diminta menyiasat kehadiran ramai pekerja asing di situ yang menimbulkan tanya-tanya di kalangan penduduk setempat,” katanya. – Nooraini Mahamad.

3 ulasan:

  1. itu sebab Umno benak kepala otak mereka.

    BalasPadam
  2. ada Polis and tok ketu kampung pun macam haram jadah, dok tibai duit je kat tokey udang tu

    BalasPadam
  3. cempakan aja 1liter racun dlm kolam udang...

    BalasPadam