Rabu, 14 September 2011

Bangsatt..Puak Ini Dah Takda "Modal" Nak Jadikan Isu..??

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengakui tidak mengenali Normah Abdul Halim, iaitu individu yang didakwa sebagai wanita dalam perbualan telefon berunsur seks dengannya di lamanYouTube.

Enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilkan Mat Sabu beberapa kali menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai rakaman telefon berkenaan.

"Saya tak tau dan saya tak pernah dengar...saya tak tau.

"Saya tak kenal (wanita berkenaan)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.

Tanpa menafikan mengenai kesahihan rakaman suara berkenaan, Mohamad juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah menonton atau mendengar klip berkenaan yang tersebar menerusi laman YouTube.

"Saya tak tau...video-video ini (berunsur lucah) saya tak tengok," katanya.

Diasak dengan soalan sama ada beliau akan terus berdiam diri tanpa menjawab mengenai tuduhan berkenaan, beliau berkata: "Saya memang tidak akan jawab."

Sebelum ini Mohamad dan Normah pernah hadapi tuduhan berkhalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Baru Kelantan.

Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan bukti.

Normah pada masa itu berstatus isteri orang.

4 ulasan:

  1. Mat sabun patut digelar Al-Juburit. dulu Mat sabun mengelarkan Anwar peliwat sebagai Al-Juburi.

    Macamana x kenal wahai bos komunis, kan normah tu yg sama2 ditangkap berkhalwat. Jgn dok putar ayat lah macam al-juburi yg mengatakan tidak mengenal si Saipol. Akhir sekali mengaku jugak. Mat sabun ni sebijik macam Al-juburi.

    Teringat Al-juburi, teringat pulak Al-juburit.

    BalasPadam
  2. Demo ni tak sayang mulut sunggoh...

    BalasPadam
  3. Dah tiga minggu mat Sabu kena ganyang baru trio naib presiden nak alihkan isu !...Macam nak sabotaj Mat Sabu jer....atau terkedu sebab Mat Sabu salah bawak isu.
    Isu phone sex siapa nak jawab ?
    Boleh 'spin' tak ?....takkan asyik nak jawab 'no komen'memanjang !
    Lepas nih, sama-sama kita gali sejarah Mat Sabu pulak !!!

    BalasPadam
  4. Dulu dan selamanya mat sabu asyik cari salah dan maki orang saja. Sekarang giliran dia pula kena tepis isu busuk ni. Selamat menepis.

    BalasPadam