Khamis, 1 September 2011

Benarkah Mat Sabu "Meriam Kosong" ..???

Sama ada tafsiran Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong tepat ataupun sebaliknya, isu itu telah membuka ruang kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertindak secara ofensif ketika ia bertungkus-lumus memperbaiki imejnya yang terjejas ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan isu kenaikan inflasi.

Meskipun ada peralihan sokongan orang Melayu kepada perikatan itu sejak pilihan raya umum 2008, Umno melihat Mohamad (gambar), timbalan presiden PAS yang dipilih Jun lalu, sebagai “pengasak” yang belum boleh memecahkan asas kekuatan mereka di kalangan kaum majoriti itu.

Bagaimanapun kenyataan kontroversi pemimpin itu telah membolehkan Umno menyemai benih keraguan di kalangan pengundi Melayu, yang masih menganggap komunisme sebagai satu momokan, khususnya di kalangan masyarakat luar bandar.

“Ia bukan satu isu yang kita boleh gunakan untuk tempoh yang lama. Ia hanya satu reprief. Tetapi meskipun Mat Sabu seorang penyerang bertubi-tubi bagi Pakatan Rakyat untuk mendapatkan undi orang Melayu, beliau (sebenarnya) ‘meriam kosong’ dan kami boleh memperlekehkan beliau setiap kali beliau bercakap sesuatu seperti ini,” Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Rakan-rakannya dari Umno menyertai beberapa pemimpin lain dalam media sosial seperti Twitter untuk mengecam Mohamad, yang didakwa mengatakan bahawa mereka yang menyerang balai polis Bukit Kepong , yang menyebabkan 25 orang terbunuh pada 1950, sebagai pejuang kebebasan.

“Perwatakan Mat Sabu (Mohamad) adalah anugerah Tuhan diberikan kepada BN. Dalam semangat merdeka ini, saya akan mempertahankan haknya untuk menunjukkan kebodohan beliau,” kata Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga memanaskan pembangkang persekutuan dengan menggalakkan pemimpin-pemimpin dan penyokongnya agar terus membela Mohamad.

“Ada banyak artikel dan kenyataan yang menyokong Sabu, yang mengatakan polis adalah balaci British,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Mohamad tidak gembira dengan sikap kepimpinan atasan PAS yang gagal menyokongnya berhubung dakwaan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia minggu lalu.

Kelmarin, Setiausaha Agung Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan mempertahankan Mohamad.

Bagaimanapun pengarah unit dasar penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu The Malaysian Insider, Pakatan Rakyat perlu membawa perbincangan politik kembali kepada soal-soal dasar yang telah menjejaskan tumpuan pentadbiran Najib ekoran kemarahan orang ramai berhubung paras inflasi yang sangat tinggi dan kecaman antarabangsa berhubung pendekatan Putrajaya menangani perhimpunan Bersih 2.0.

“Mesejnya ialah meskipun Tunku Abdul Rahman akhirnya mengisytiharkan kemerdekaan, malah pemimpin-pemimpin Islam dan mereka yang dilabel sebagai sayap kiri, kesemuanya yang telah menentang penjajah dan seharusnya diiktiraf. Bagaimanapun ia bukan satu tugas mudah,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng juga berkata, “Pakatan telah melepaskan bola.”

“Dengan bercakap mengenai Bukit Kepong, yang merupakan isu etnosentrik, mereka menggunakan permainan BN dan (mereka) melekap padanya dan dengan tepat mereka berbuat demikian.

“Kita tidak memerlukan perbincangan sedemikian muncul dalam pilihan raya umum,” katanya.

Ahli Parlimen DAP kerusi Bukit Bendera Liew Chin Tong memberitahu Pakatan Rakyat telah melepaskan kelebihan untuk terus kekal pada isu-isu seperti pendemokrasian dan ekonomi.

Meskipun Mohamad telah menafikan dakwaan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu dan mahu menyaman Utusan Malaysia, ia tidak menghalang pemimpin-pemimpin daripada terus mengecamnya termasuk Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa PAS cuba mentafsir semula sejarah.

6 ulasan:

  1. inilah Tmb. Presiden Pas Paling Bodoh yang pernah aku jumpa,sedang Bola di kaki PR untuk sumbat Gol dalam Pru13,tiba-tiba beliau sepak bola bagi pada UmnoBn.

    BalasPadam
  2. bg ko jer bodoh...tp bg rakyat yg inginkn maklumat maka terbukalah sejarah2 pembohongan balaci2 british..terserah ko menilai mcm mane tp bg kami rakyat bawahan bila isu nie ketengahkn kami rakyat bawahan bersungguh2 mahu mencari kebenaran sejarah sbnr...mybe makcik2 felda jer kot yg pcaya pd media2 perdana..ko tau x kbnyakan rakyat dah rmai yg x percaya pd media2 perdana...so rmai lah yg mencari alternatif lain mencari maklumat...kpd blogger2 dan facebooker byk2kn post isu tntg sejarah sbnr spaya rakyat tau bgaimanakah sbnrnya kemerdekaan malaysia ini...angkatlah pejuang2 kemerdekaan yg sbnr..yg slama ini dianggap sbgai pengganas dan x diiktiraf langsung...

    pcayalah rakyat skrg nie lbh celik,cuba korg bygkn anak2 muda yg duk smbang dikedai2 kopi pn berbual tntg isu politik skrg nie...anda pcaya@tidak itu hak anda...tp kami melihat situasi itu skrg...

    BalasPadam
  3. Aku malas nak kata gappo,tak reti nok keccek doh..

    BalasPadam
  4. Dulu2 pun masa gua sekolah cikgu kata Kuala Lumpur di buka oleh Yap Ah Loy?

    YAL berhijrah ke Tanah Melayu tahun bila? Sebelum dia dth KL kat KL dah ada penduduk. Mcmana kata YAL yg buka KL?

    Tuloooong ada saper2 yg ada sumber maklumat yg betul. Betulkan fakta ini.

    Bnyak lagi fakta sejarah yg perlu diperbetulkan

    BalasPadam
  5. waktu sekarang bukan lah masa yang sesuai untuk kita memperkatakan isu yang cukup sensitif ini.Lebig baik kita memperkatakan isu isu yang berhubung kait dengan permasalahan rakyat yg terlampau banyak.

    Seperti kenaikan harga barangan dan rasuah kerana inilah isu yang hampir kepada rakyat dan mereka sendiri merasainya.

    BalasPadam
  6. abg mat dh naik tocang bru 2bln jd tp pas mngalah kn hadi. knytaanya mybabkn mrudum pngaruh pr d klgn org mlyu yg mmg tk cerdik politi tk spt kaum cina

    BalasPadam