Isnin, 12 September 2011

Boleh Caya ke...?? Hanya 2 Aduan Beb..

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hanya menerima dua aduan berkaitan kenaikan harga barang dan satu berkaitan pemborong sepanjang skim kawalan harga musim perayaan baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua aduan kenaikan harga barang tersebut diterima di Kuala Lumpur membabitkan peniaga gagal meletakkan tanda harga dan tidak mempamerkan tanda harga pada kertas merah jambu.

Di Pahang pula, aduan membabitkan pemborong yang menjual barang melebihi harga yang ditetapkan pihak berkuasa, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peralatan untuk belajar kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dari daerah Bera, di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, pihaknya mengenakan kompaun kepada peniaga di Kuala Lumpur, manakala pemborong di Pahang pula didenda sebanyak RM10,000.

Katanya secara keseluruhan pihak beliau tidak menerima sebarang aduan kenaikan harga atau keputusan bekalan barang keperluan sepanjang sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan