Isnin, 5 September 2011

Bomoh Di Tembak Mati Kerana Menyesatkan..

Seorang dukun ditembak mati di wilayah Ingushetia di Russia, bahagian utara Caucasus, tempat kumpulan pemisah yang ingin menubuhkan negara sendiri berusaha menghapuskan amalan bertentangan dengan ajaran Islam.

Pegawai penyiasat berkata, mayat Movladi Buzurtanov, 69, ditemui di kediamannya di desa Nesterovskaya, kelmarin.


Polis berkata Buzurtanov adalah dukun yang mengamalkan amalan tradisional menggunakan tangkal dan jampi. “Dia mengamalkan amalan perubatan sedemikian untuk merawat pesakit,” kata polis tempatan.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, pembunuhan Buzutanov ada hubungan dengan amalan dengan kerjayanya.


Dukun dan tukang tilik menjadi sasaran kumpulan pemisah yang menyifatkan amalan berkenaan bertentangan dengan ajaran Islam.

1 ulasan:

  1. Di Malaysia orang masih mengagungkan Pak Bomoh, sebabnya konon dia orang serba pintar, tahu hal yang ghaib, tapi bomoh di tempat kita lebih sinonim dengan bomoh 4Digit, nak kayalah tuh. Maka berduyun-duyunlah orang datang bertemu Pak Moh kalau ada special draw, kalau tiba hari Sabtu dan Ahad, kalau tekaan naik, hari Isnin ambik duit. Kayalah mereka dan Tok Moh dalam sikit macam Tuk Baba di Masjid India buat.

    BalasPadam