Katanya jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.
"Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya," katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Beliau ditemui selepas membentangkan kertas kerja di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun kata Mohd Asri, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.
"Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa," katanya.
Dalam kertas kerjanya bertajuk "Hudud suatu Perbincangan: Tanggapan, suasana dan Keberkesanan", Mohd Asri berkata hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.
Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat.
Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya.
Beliau berkata kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya sahaja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara.
soalanya, nak diharapkan kepada siapa untok memberi kepahaman kepada umum tentang hukum islam sedangkan bab2 hukum hudud islam ini tidak dibenarkan diberi kuliah dalam masjid oleh pemerintah yg ada sekarang sekiranya ada sesiapa yg cuba bercakap bab hukum hudud dalam masjid ia akan ditarik balik tauliahnya atau sesiapa yg cuba bercakap bab hukum hudud dengan tidak mempunyai tauliah ia akan diambil tidakan undang2 yg ada kerana memberi kuliah tampa tauliah, seperti mana yg berlaku keatas dua orang yb pas diselangor baru2 ini, selagi mana pemerintah yg ada sekarang berpehaman politik tidak bercampor dengan agama dan selagimana mereka merintah jangan harap rakyat akan dapat memehami islam secara syumul.
BalasPadamSalam..
BalasPadamSy bukanlah mahir sgt tentang hukum hakam tp secara dasarnya sy kurang setuju dgn pendirian Dr.Asri wlwpun ada bahagian yg sy boleh bersetuju dgn pandangan beliau..
Diharapkan Dr.Asri boleh menerima perbedaan dlm suasana kasih syg dan berhikmah..
Sy kurang setuju dgn istilah suasana kurang kondusif..
Jika suasana kondusif yg dijadikan alasan pd sy Rasulullah s.a.w berada dlm suasana yg langsung tidak kondusif malahan terpaksa memerangi kaumnya sendiri termasuk bapa saudaranya demi memastikan Islam tertegak dibumi Allah..Rasulullah s.a.w juga hidup dlm suasana majmuk seperti mana sekarang dimana ada org2 ajam spt org Parsi,Romawi,Yahudi dan suku Arab yg lain disekeliling hidup baginda..Malahan baginda melakukan rutin harian memberi makan seorang Yahudi buta di sebuah Pasar dimana Yahudi itu begitu membenci Rasulullah s.a.w tetapi oleh kerana Yahudi itu buta dan akhlak rasulullah yg tinggi,Yahudi buta itu akhirnya memeluk Islam ditangan Saidina Abu Bakar setelah dia mengetahui bahawa org yg selalu dicacinya itulah juga org yg memberinya makan..
peristiwa ini berlaku setelah kewafatan baginda..
Namun dari segi mekanisme yg beliau kemukakan itu sy boleh bersetuju dimana Rakyat perlu diberi kefahaman terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan seperti supaya wujud dlm hati2 mereka prinsip same' na wa ato'na terhadap hukum2 Allah..
Bg sy suasana itu boleh dicipta atau dijana oleh perkara2 dasar..
Dasar yg ada itulah sebenarnya yg mewujudkan suasana itu tidak kondusif atau sebaliknya..
Masyarakat Majmuk itu adalah kehendak Allah yg menjadikan manusia itu berbeda bangsa dan warna kulit serta pertuturannya..
bukan itu alasan sepatutnya malahan ia suatu rahmat yg tersembunyi dimana dgn masyarakat yg majmuk itulah umat Islam berpeluang memperlihatkan keindahan Akhlak Islam itu sebagai Tarbiah dakwah kpd yg belum Islam..
Masalah disini adalah umat Islam kebanyakannya gagal memperlihatkan akhlak itu malahan ada kalanya melampaui batas terhadap yg belum Islam krn terdidik dgn dasar yg sedia ada..
Islam di Malaysia lbh menonjol sebagai budaya dan bukan cara hidup yg dihayati..
disebabkan itu ada berbagai ton warna mewakili umat Islam,yg patuh pd agamanya,yg melakukan maksiatnya,dan ada pula ditengah-tengah..
Semua ini wujud krn perkara2 dasar yakni dasar pendidikannya,dasar bernegaranya,dasar ekonominya dll..
Masyarakat Majmuk bukan alasan ttp kefahaman terhadap agama itu masih kurang lantaran terkesan dari dasar2 yg diamalkan selama ini..
Maka pd sy Dasar itu yg mencorakkan suasana..
Kondusif atau tidak bukanlah perkara yg subjektif krn ia ada faktor pemboleh ubah yakni dasar itu terlebih dahulu perlu betul supaya dpt mewujudkan suasan yg kondusif..
Dgn dasar yg ada sekarang,ia ternyata gagal mencapai matlamat ataupun matlamat sebenarnya lain dari yg kita fikir dan harapkan..
hahaha, korang ta kenal asri alsaud al lawrence ini lagi...mentor pada 40 penngampu ang masuk umno..yang kutuk bersih dan ikhwanmuslimin.saya yakin lambat laun orang pas akan kena kencing dengan ini ustaz palsu didikan shahidan...dia suruh kita tQ pada najib pasal ISA..ha3x..ini mangkuk dapat gaji dari saud al kasino al amerika, bila pro aziz bari tegur asri maka sibodoh pak aji awam dan pas marahkan aziz bari..dia nak popular sahaja malah sIS in islam pun dia boleh ngam....semuanya popular
BalasPadamKENAPA NAK RIGID SANGAT BRO
BalasPadamBERSIKAP TERBUKA & BERLAPANG DADA LAH TERHADAP PERBEZAAN PENDAPAT
JADIKAN SIKAP ULAMA SALAF DLM BERBEZA PENDAPAT SEBGI PANDUAN
SPT JUGA ANTARA DR ASRI DGN TGNA - MEREKA BOLEH BERBEZA PENDPT DLM BBRP PERKARA & BOLEH BERSETUJU DLM BBRP PERKARA - TAK JADI MASALAH
ELAKKAN BERSANGKA BURUK KPD ORG YG TAK SEPENDAPAT DGN KITA TP SAMA2 BERMATLAMAT UTK MENDAPAT MARDHOTILLAH
nauzubillah...... ust y diangap brpngthuan dan mngthui tntg hkum ttpi bleh brkta bgtu ya.... tiada istilh y mngtkan hukum tuhan ini ada waktu y tertntu n sesui bru bleh d gunakn hukum tuhan.... mngrut nie!!!!!! hairan sy dlu sy prnh mnlhat vdio ust tntg perkra y membtlkn islam... n sy ckup kgum dgn kata2 ust dlm isu itu tpi kali nie mngpa pula sperti ust trsnrai dlm perkra membtalkn islam tu ya?????
BalasPadam