Sehubungan itu kata Khairy beliau tetap menanti kemunculan Mohamad Sabu, yang merupakan punca kontroversi semasa, untuk berdebat dengannya walaupun sudah ada tiga tawaran lain sekarang manakala timbalan presiden PAS itu sendiri enggan berhadapan dengannya.
“Bukan saya yang nak, tapi saya dijemput asalnya untuk debat Mat Sabu (Mohamad Sabu) oleh kerajaan Kelantan,” katanya.
Khairy yang semalam menyifatkan Mohamad sebagai bacul dan tidak bermaruah selepas tidak mahu berdebat denganya juga berkata, beliau sudah menganggap debat yang hendak diadakan tidak akan menjadi kenyataan.
“Saya anggap tiada debat akan berlaku sebab tawaran asal itu ditarik balik oleh PAS sendiri,” katanya lagi.
Khairy memberikan penjelasan terperinci dalam 12 mesej yang dihantar menerusi Twitter sekitar 4.30 hingga 5 petang tadi.
Dua jam sebelum itu, Pemuda PAS pusat menghantar surat jemputan untuk berdebat dengan Pemuda Umno.
Surat yang dialamatkan kepada Khairy diserahkan oleh Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid di ibu negara.
“Sekadar memberi penjelasan dan perkembangan terkini tentang isu debat... semua ini bermula bila saya dijemput oleh kerajaan Kelantan untuk debat dengan Mat Sabu.
“Saya setuju dengan jemputan tersebut. Pengajur pernah jemput saya debat (dengan Exco Kerajan Negeri Kelantan, Datuk Paduka) Husam Musa beberapa tahun lepas,” kata Khairy merujuk kepada wacana yang berlangsung di Kota Baru.
Khairy juga berkata Mohamad yang tidak mahu “berdebat (dengan) saya dan menolak perkara ini kepada Pemuda PAS.”
Khairy menambah, kerajaan Kelantan juga memaklumkan kepadanya bahawa PAS pusat tidak membenarkan Mohamad debat dengannya.
Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider pagi tadi, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau menyokong pendirian Mohamad tidak mahu berdebat dengan Khairy.
“Sekarang tawaran (Ahli Parlimen Shah Alam) YB Khalid Samad pula. Jadi, sekarang Mat Sabu tolak ke (kepada) Pemuda PAS Johor, Pemuda PAS pusat pun hantar surat debat saya dan YB Khalid Samad ditawarkan. Tiga tawaran!” kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.
Khalid juga merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Yang Dipertua PAS Shah Alam.
Bagaimanapun kata Khairy, bagi beliau yang penting Mohamad sebab beliau adalah punca kepada kontroversi semasa.
“Mereka nak tawar orang lain tak pa, tapi asal KJ (Khairy) melawan Mat Sabu,” katanya lagi.
Mengenai debat dengan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Khalid, Khairy berkata, beliau sudah pun ‘debat’ atau ‘berforum’ dengan kedua-dua mereka masa dulu tentang pelbagai isu.
“Jadi, tak timbul isu saya tak nak berdepan dengan mereka. Perkara itu sudah berlaku. Lawan (Nasrudin) Tantawi di Sinar (Harian) dirakam dan ada di YouTube.
“Kali ini saya hanya mahu debat dengan Mat Sabu. Sebab dia punca kontroversi dan itu juga jemputan asal dari kerajaan PAS Kelantan,” katanya.
Kata Khairy, beliau tetap akan menanti kehadiran Mohamad dan sama ada “dia setuju atau tak setuju, saya tetap bersedia.”
Selasa, 6 September 2011
BalasPadamHOT!! Mat Sabu tak pernah join BERSIH 2.0...
Semua rakyat Malaysia dah tau yang Mat Sabu cuba lari dari Polis masa perhimpunan Haram Bersih 2.0.. Satu Malaysia dah tau yang Mat Sabu jatuh sendiri dan bukannya dirempuh Landrover atau Waja Polis..
Tapi apek kiasu bekas banduan di Penang ni cuba buat cerita tipu yang Mat Sabu ditangkap Polis pada 9 Julai hari tu semasa dia dalam perjalanan ke Masjid..
Dan atas sebab tu lah PBAPP sponsor rawatan bedah lutut Mat Sabu pasal dia bukan hadir ke perhimpunan haram..
Lagi satu.., kafir Guan Eng cuba nak kaitkan rawatan Mat Sabu dengan rawatan lutut Najib. Dia kata, Mat Sabu lagi bagus dari Najib sebab buat rawatan di dalam negara..
Kafir kiasu tu tak pulak cerita pasal Anwar yang buat rawatan di Jerman.. Takkan Mat Sabu lagi baik dari Anwar kot? Anwar tu kan manusia anugerah Tuhannn...
Apapun.., Guan Eng ni nak try spin dan divertkan isu salahguna kuasa dan duit rakyat oleh Mat Sabu..
Sapa yang tak kenal dengan perangai cina kiasu dari Melaka tuu... Kalau tak menipu dan pembohong, bukan Lim Guan Eng lah namanyaa...