Selasa, 13 September 2011

Kantoii..Minta Pakai Seluar Dalam Semasa DiCekup..

Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.

Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis.

Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.

Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.

JURaGan : MasyaAllah..Inilah realiti kehidupan masyarakat muda-mudi islam masa kini,Ini adalah disebabkan suburnya program maksiat yang secara berleluasa ditaja dan dibenarkan oleh Kerajaan UmnoBN masakini.Sesungguhnya setiap pemimpin akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak mengenai orang-orang yang dibawah kepimpinan mereka...Hancur Umno..


Firman Allah s.w.t yang bermaksud "Barangsiapa yang
cenderong (Menyokong) kepada pemerintah yang zalim
(Tidak melaksanakan syariat Allah) maka mereka akan
disambar oleh api neraka.

3 ulasan:

  1. Sebab itulah kena dipermudahkan perkahwinan para remaja mahupun muda-mudi Islam. Kahwinkan sahaja untuk mengelak zina... isu cerai, penjagaan anak dan masalah nafkah itu isu kemudian hari yang boleh diperkemaskan dengan prosedur yang berkesan yang kesannya tidak seteruk dengan pemasalahan hubungan luar nikah yang akan merosakkan sistem masyarakat.

    Ini tidak... nak menikah paling asas ikut syariat Islam sahaja telah dibebankan dengan pelbagai prosedur malah dibebankan dengan perbelanjaan kewangan oleh pejabat agama sendiri. Itu belum lagi dengan yuran untuk kelas pra perkahwinan yang tidak pun membantu menurunkan kadar perceraian. Tidak kira lagi dengan majlis kenduri yang pasti akan menghilangkan terus selera untuk berumahtangga bagi yang tak mampu. Jadi apa pilihan bagi mereka yang lemah pegangan agama....ZINA.

    BalasPadam
  2. Kita patut salahkan 105% keatas jabatan Agama Islam ..... mereka lalai mereka buta hati buta agama ... mereka melakukan kebaikan hanya semata mata untuk menunjuk mereka itu beragama, sedangkan mereka inilah golongan yang mengalakkan maksiat dan murtad dikalangan umat Islam Malaysia

    BalasPadam
  3. dah nak kiamat kot

    BalasPadam