Isnin, 5 September 2011

Kematian Noramsaiful...Tentera Pengaman Lepaskan Tembakan..??

Tembakan curi yang membunuh jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor dan mencederakan seorang lagi jurukamera TV3 telah dilepaskan oleh tentera pengaman Kesatuan Afrika, lapor beberapa media Barat dan Afrika.

"Fakta sekarang agak kabur, saya telah bercakap secara peribadi dengan presiden Somalia mengenai kejadian itu dan saya secara ikhlas memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana askar yang didapati telah bertindak secara melulu, " lapor akhbar New York Times yang komander tentera pengaman Australia Mejar Jeneral Fred Mugisha.

Maklumat ini, bagaimanapun belum disampaikan dalam kenyataan kepada kerajaan Malaysia yang masih berusaha menentukan punca serangan dan dalang yang harus dipertanggungjawabkan di sebalik kejadian yang berlaku Jumaat lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menghubungi kerajaan Somalia mengenai isu itu dan telah dijanjikan laporan penuh insiden berkenaan oleh Presiden Somalia Sheikh Sharif Sheikh Ahmed, sebaik sahaja sisatan selesai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan