Ahad, 25 September 2011

Lagi Kemalangan Maut Membabitkan Ambulan...

Seorang pemandu ambulans dan seorang pembantu klinik dari Klinik Kesihatan Maran, di sini, nyaris maut apabila ambulans dinaiki mereka dirempuh sebuah Perodua Myvi ketika mahu mengambil mangsa kemalangan di Kilometer 156.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, ambulans dinaiki petugas klinik terbabit masing-masing berusia 30-an berada di lokasi berkenaan untuk menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang terbabas tetapi berada di seberang lebuh raya di laluan menuju ke Kuantan.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, sebaik tiba di lokasi, ambulans berkenaan dikatakan mahu menyeberang jalan selepas pihak peronda LPT membuka penghadang besi di tengah laluan.

Menurutnya, ketika membelok untuk ke laluan bersebelahan, tiba-tiba sebuah Perodua Myvi dinaiki dua wanita yang dipandu laju merempuh ambulans secara berdepan.


“Rempuhan terbabit menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk di depan dan sisi, namun semua mangsa terselamat dan tidak cedera,” katanya ketika dihubungi.


Ahmad Johari berkata, berlaku sedikit kesesakan selepas kemalangan terbabit berikutan kedua-dua kenderaan berada di tengah jalan sebelum dialihkan.

“Berikutan kemalangan itu, sebuah ambulans lain dihantar untuk mengambil penunggang motosikal berusia lingkungan 20-an yang cedera ringan selepas terbabas.


“Mangsa yang terbabit dengan kemalangan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

2 ulasan:

  1. Ambulan yang ada dimalaysia jenis yang terlalu tinggi dan tak stabil. Justru itu, ianya tidak bolih dipandu laju terutama sekali semasa mengharungi selekoh atau curang bukit.

    BalasPadam
  2. betullllllllllllllllllll,sokong 100%...

    BalasPadam