Sabtu, 10 September 2011

Mengapa Rosmah Ingin Sangat Ke Tempat ini..??


MANCHESTER, Britain – Ia mungkin planet idaman wanita. Sekumpulan ahli astronomi percaya mereka telah menemui sebuah planet yang terbentuk sepenuhnya daripada berlian.

Saintis-saintis antarabangsa di Universiti Manchester di sini menyatakan, mereka menemui planet berlian itu selepas mengesan sebutir bintang mega di galaksi Bima Sakti yang telah hancur dinamakan pulsar.

Teras bintang itu, kata mereka, bertukar menjadi kristal berlian sebesar sebuah planet.

Para penyelidik berkenaan membuat penemuan itu dengan menggunakan sebuah teleskop gergasi di sebuah balai cerap di Cheshire, England.

Planet berlian itu memiliki diameter 64,000 kilometer atau lima kali ganda lebih besar daripada Bumi.

JuRaGan : Memang sesuai la pun RosMEWAH ke tempat ini..supaya dia boleh tidur dan berguling-guling diatas berlian ini setiap hari..Tak payahlah membazirkan duit rakyat nak beli permata untuk pompuan ni lagi..dan yang terbaiknya..RosMEWAH tak perlu balik lagi ke bumi Malaysia ini..Amannnnnnnnnnnn...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan