Selasa, 27 September 2011

Pimpinan Atasan DAP Tinggalkan PR..??

Dakwaan yang mengatakan sebahagian pemimpin terutama dari DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya PAS dengan persetujuan PKR melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan meneruskan agenda penubuhan negara Islam di negara ini, tidak berbangkit.

Sebaliknya, perkara itu sengaja dicetuskan oleh Umno dan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia atau Utusan Syaitan untuk mencetuskan perselisihan dalam Pakatan Rakyat bagi kepentingan politik mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, para pemimpin Pakatan Rakyat cukup sedar perkara itu dan sehubungan itu mereka akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu pada 28 September ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut beliau, hukum hudud, qisas dan taqzir seharusnya difahami oleh semua pihak, tetapi banyak pihak yang tidak memahaminya dengan mendalam.

Katanya, isu mengenai hukum hudud merupakan sesuatu yang sensitif dan ia amat mudah menimbulkan salah faham kepada phak tertentu.

"Kami dah putuskan untuk bincang perkara ini pada 28 September ini bermula jam 8.30 hingga 12.00 malam. Selepas itu, kami dari PAS, PKR dan DAP dari Pakatan Rakyat akan mengeluarkan kenyataan bersama mengenai perkara itu," katanya pada sidang media itu.

3 ulasan:

  1. kalau dah namanya pun UMNGOK......payah jugak nak cerita.......asyik spin aje kerjanya...

    BalasPadam
  2. Eloklah tu duduk berbincang.Beri penerangan yang
    sejelasxnya kepada merekax yang bukan islam ini.
    Yakin mereka akan faham.Tapi yang peliknya puakx
    umngok yang ngaku berugama islam tapi menolak
    hukum islam.

    BalasPadam
  3. Salam Yob,

    Bila asyik sibuk dgn isu hudud, PR lupa isu kad pengenalan biru utk PATI! Itu strategi diorang!

    BalasPadam