Khamis, 1 September 2011

Polis Ambil Tindakan Terhadap Azmil...

Polis akan mengambil tindakan terhadap seorang pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa, didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya, 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada Azmil Rabu lalu dan dia disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap Azmil.

“Saya tidak boleh beritahu tindakan yang akan kita ambil selepas ini. Sampai masanya, kita akan ambil tindakan ikut undang-undang sedia ada,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, Azmil didakwa mengkafirkan kerajaan dan mengecam sistem pemerintahan sekarang dalam satu ceramah di hadapan 300 jemaah.

JuRaGan : Gua respek habis ngan Polis Barua Umno nii..Azmil yang bercakap berlandaskan hukum yang sepatutnya setiap org islam wajib memperkatakannya akan diambil tindakan oleh pihak polis..tapi bila Pak Brahing Ali dan Izam Alakazam bertempik dan melalak ndak berperang dengan orang cina dan Izam pulak sampai nak bakar bangunan Malaysiainsider bolek terlepas macam tu aje...ini semua kerja jahat Umnoo..Hancuss Umnoo..

n

1 ulasan:

  1. semoga Allah Taala melindungi dan menguatkan semangat Brader Azmil Mustapha..InsyaAllah yang haq itu pasti menang manakala yang batil itu pasti lenyap.. teruskan perjuangan mu Azmil, Allah Taala, Rasulullah Saw,Umat Islam dan para Malaikat menajdi saksi akan kesungguhan perjuangan kamu..

    BalasPadam