Selasa, 27 September 2011

Saya Insafff...Duit Umno Saya Ambil..Anwar Tak Jatuh Jugak..

SEMASA menghadiri rumah terbuka PKR di ibu pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya semalam saya dibisikan oleh Anwar Ibrahim ada seorang penulis buku politik yang selama ini mengecam dan menghentam beliau sejak berdekad telah menunjukkan pertukaran angin.(Gambar Hanya Hiasan)

Penulis itu yang dikenali dengan penulis Umno dan menghasilkan buku menjelang perhimpunan agung Umno, menurut Anwar telah berjumpa dengan salah seorang pemimpin tertinggi PKR menyatakan kekesalannya kerana membelasah dan menulis memburukkan Anwar selama ini.

"You tahu Sayuti **** ******* telah jumpa dengan *****?" Tanya Anwar kepada saya menyebabkan saya terpaksa mengulangi kepastian.

"Siapa?" tanya saya di antara percaya dengan tidak. Pada saya dunia mungkin sudah hendak khiamat kalau penulis itu benar-benar bertukar angin dan mengubah halaan mata penanya. Saua cukup arif dan kenal dengan sikap dan fiil penulis tersebut.

"**** *******" kata Anwar tegas. Saya membelalakkan mata ke langit.

Menurut Anwar penulis itu telah memberi tahu pemimpin PKR itu yang dia sendiri sudah kebingungan kerana dia telah melakukan apa saja untuk menjatuhkannya (Anwar) tetapi tidak jatuh malahan rakyat semakin simpati dan menyokong perjuangan bekas TPM dizalimi itu.

"Saya telah ambil duit Umno, dan Umno telah melaklukan semua cara dan strategi untuk menghapuskan Anwar, tuduh liwat, zina, sebar video dan sebagainya.. tetapi Anwar tak juga hancur-hancur. Ini sesuatu yang memelikkan," begitulah kata penulis itu seperti mana cerita Anwar.

Kerana itu menurut Anwar penulis itu menjelaskan kepada pemimpin PKR itu dia sudah bertaubat dan mahu menebus dosa-dosanya yang dibuat ke atas Anwar selama ini dengan menulis sesuatu yang bermakna untuk membela Anwar sekaligus menebus dosanya.

"Saya sudah insaf dan saya harap Anwar akan memaafkan saya," begitulah kata penulis itu dipetik? Anwar sendiri merasa pelik dan kagum dengan sikap dan perubahan penulis yang sangat prolifik satu masa itu.- mso


3 ulasan:

  1. satu soalan... apalah wang dan habuan yg telah penulis tu makan hasil dari kerja kotor lalu dapat dibersihkan hanya dgn meminta maaf begitu saja tanpa betul bertaubat dan menyesal dan berazam tidak akan terlibat dgn perkara begini. Bagaimana pula dosa yg ,elibatkan org ramai. mereka yg menbaca tulisan itu, percaya dan menghebahkan pula kepada org lain... fikir2kan lah. namun ingatlah Allah itu Maha pengampun.. tepai tida pengampunan Allah tanpa pengampunan dari mangsa fitnah yg terdiri dari mangsa itu secara terus dan org2 yg lerpalit dosa fitnah ini melalui tulisan sipenulis...

    BalasPadam
  2. bernama umno tipu rakyat lagi...panas...
    http://getahskrab.blogspot.com/2011/09/bongkar-bernama-nak-menipu-rakyat-lagi.html

    BalasPadam
  3. syed hussien alattas.

    BalasPadam