Jumaat, 23 September 2011

Sedang Memadu Asmara Rempuh Polis...

Panik melihat kehadiran sebuah kereta peronda polis, seorang lelaki yang asyik memadu asmara bukan saja merempuh kenderaan pihak berkuasa terbabit, malah lari meninggalkan teman wanitanya yang terkial-kial memberikan penjelasan kepada polis mengenai tindakan mereka itu.

Kejadian berlaku pada jam 1.30 pagi semalam di kawasan parkir dan rehat di hadapan sebuah kolej swasta di bandar ini ketika pasangan terbabit memadu asmara di dalam sebuah Perodua Myvi di kawasan berkenaan tanpa menyedari dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah melihat perbuatan mereka.


Disebabkan terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa berkenaan, lelaki itu memecut keretanya dan bergesel dengan kereta peronda polis menyebabkan bumper hadapan kereta peronda itu tercabut.

Pasangan terbabit memecut meninggalkan tempat kejadian menyebabkan anggota polis terbabit mengejar sejauh satu kilometer sebelum kereta itu tersadai di bahu jalan akibat satu tayar hadapannya pecah.


Polis membawa pelajar itu bersama kereta teman lelakinya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, di sini, untuk siasatan lanjut. Pelajar terbabit dibebaskan selepas keterangannya diambil manakala teman lelakinya masih menghilangkan diri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan