Sabtu, 10 September 2011

Subhanallah..Mengapa Sampai Jadi Begini..

Kecewa apabila cinta dihalang keluarga, sepasang kekasih nekad minum racun menyebabkan seorang lelaki maut manakala teman wanitanya kini koma di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di sini.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam di rumah di Taman Bunga Sejati, Nyatoh, Rantau, di sini, Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, ditemui kritikal.

Seorang jiran, Suthir Baba, 26, menemui pasangan kekasih itu dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih.

Suthir berkata, dia menyedari kejadian itu ketika pulang dari bekerja jam 8.20 pagi selepas melihat wanita membuka pintu pagar dan kemudian masuk semula ke dalam rumah.

Menurutnya, selang beberapa minit dia terdengar bunyi orang bernafas kuat dari dalam rumah itu sebelum dia dan seorang lagi jiran meninjau untuk melihat apa yang berlaku.

5 ulasan:

  1. Jahil & nafsu telah menguasai diri. Umno punya pasal la ni

    BalasPadam
  2. kah kah kah.....

    ada lagi romeo n juliet zaman nie........
    majnun mati cari laila........
    laila pun majnun jugak.........

    umno jugak yg kenaaaaaaaa.....
    tu pasai jngn dok tunjuk umporno sangat.......

    kah kah kah........

    BalasPadam
  3. Ini angkara filem hindustan la ni,agama di ketepikan, mati masuk neraka jahanam...

    BalasPadam
  4. Pernah ke kita dengan ulasan dan tegahan dari ulamak Umno tentang Dosa bunuh diri ini dimainkan dalam TV saban hari..utk ingatkan rakyat yang jahil.??

    BalasPadam
  5. Yg jantan tu sah Hindu masuk islam ,, budaya bunuh diri itu di bawa bersama kekasih nya ,,

    BalasPadam