Seorang Mat Rempit menangis teresak-esak ketika keterangannya direkodkan polis selepas dipercayai merempuh seorang pegawai trafik yang mengetuai ‘Ops Rempit’ di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, awal pagi semalam.(Gmbr Sekadar Hiasan)
Bagaimanapun, remaja berumur 17 tahun itu dilepaskan dengan jaminan polis, selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosli Abd Rahman berkata, remaja itu yang menuntut di sekolah di sini, ditahan kerana dipercayai menunggang kenderaan secara cuai sehingga menyebabkan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan ujian air kencing bagi menentukan sama ada remaja terbabit di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya.
Menurutnya, hasil keterangan remaja itu mengaku pernah ditahan sebelum ini kerana menyaksikan lumba haram.
Untuk makluman Tuan, feed UtaraNews.com telah mengalami masalah sejak seminggu yang lalu. Ia mengakibatkan link UtaraNews di bloglist pihak Tuan tidak di UPDATE.
BalasPadamPihak kami amat mengharapkan Tuan dapat membuang link UtaraNews yang lama dan dimasukkan kembali link baru ( www.utaranews.com ) di bloglist Tuan.
Terima kasih dan selamat berkarya.