Sabtu, 15 Oktober 2011

Baca nii..Pasti Lu Orang "Gelak" Setengah Mati...

Pemuda PAS mendakwa penjelasan pihak polis bahawa sekumpulan 240 warga asing, dari Johor yang dikesan di Selangor kononnya untuk beri taraf warganegara asing dan kemungkinan hak mengundi kelak, mereka hadir untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan banyak persoalan berbanding jawapan munasabah.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Suhaizan Kaiat berkata, beliau tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah.

Suhaizan berkata, penjelasan Imran bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan beberapa persoalan yang memerlukan tindakan pihak berkuasa.

“Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini.

“Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?” kata beliau.

Suhaizan menambah, pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort.

“Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang,” kata beliau lagi.

Malah katanya, tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan dan “mereka diberi perkhidmatan bas dan resort.”

“Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?” tambah beliau.

Malah menurut beliau, dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga pukul 1 tengah hari Rabu lalu sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada pukul 6 pagi hari yang sama.

“Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawanan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus lima jam sahaja (dari 8 pagi hingga 1 tengah hari),” kata beliau yang turut mempersoalkan “jika benar mereka berkursus keusahawanan lima jam sahaja dengan jarak 800 kilometer, pergi dan balik, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baru sahaja?”

“Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini,” kata beliau.

Suhaizan juga berkata, berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort, maka “Pemuda PAS mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia.”


JuRaGan : Kuah..kuah..kuah..Mcm nii punya Polis Pencacai pun ada..??


9 ulasan:

  1. BILA KELENTONG DEMI KELENTONG OLEH PAKATAN PARTI PANDI KUTTY YANG MEMPENGARUHI SPR,PDRM,SPRM DAN SEGALA MAKNENEK DIBAWAH PAYUNG PARTI SEKUTU APCO UNTUK KEPENTINGAN APA PUN BOLEH JADI DAN JADI ! PEMBELOT NEGARA SEJATI !

    BalasPadam
  2. satu lagi.. dalam kursus tu nak guna bahasa melayu ke bahasa inggeris? .. kih kih. ada faham ka? kalau guna bahasa bangladesh.. sape fasilitatornya.. huhu..

    BalasPadam
  3. ini la polis dan kera...jaan malaysia,kera dihutan disusukan, anak dirumah mati makan siput babi...kah...kah.

    BalasPadam
  4. Gua Yakin,sudah pasti Fasilitatornya ialah Zambry MB Perak..Yang Sewaktu dengannya..ha..ha..ha..ha..

    BalasPadam
  5. Kalau nak kelentong biarlah lojik sikit.. taklimat peraturan pekerja asing ke, daftar beramai-ramai ke? macam lagi..ermmmm

    BalasPadam
  6. Ala! kira betul la tu....kursus bagaimana nak mengundi,bagaimana cara menjawab bila disoal..dan macam2 lagi la...

    BalasPadam
  7. Inilah Polis paling "Pukimak" pernah aku jumpa.Depa ingat rakyat semua "BODOH" macam pemimpin Umno kot?

    BalasPadam
  8. Polis Malaysia adalah pakar "Penipu",sbb itu banyak kes yang akhirnya meragukan,walaupun terdapat banyak bukti,ini semua kerja Polis yang tak takut nak mampus!

    BalasPadam
  9. polis tu dah mabuk todi, agaknya.
    pdrm (termasuk igpnya) ingat
    rakyat malaysia ni bodoh, macam mereka.
    rakyat malaysia ni lembu, macam mereka.
    rakyat malaysia ni penipu, macam mereka.
    rakyat malaysia ni pengampu, macam mereka.
    rakyat malaysia ni penjilat, macam mereka.
    rakyat malaysia ni macam2 lagi, macam mereka

    BalasPadam