Sabtu, 8 Oktober 2011

Fuhh..Pembangkang Mati Akal - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tuduhan pembangkang bahawa Bajet 2012 tidak realistik menunjukkan mereka mati akal dan tidak mempunyai jawapan bagi menyerang kerajaan.

Beliau berkata Bajet 2012 yang dibentangkan semalam merupakan sesuatu yang boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan serta bukan hanya janji-janji kosong.

"Untuk Bajet 2012 kita guna pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi dan lain-lain, bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd.

"Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat. Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok di sini.

Dipetik Bernama Online, Najib meluangkan masa kira-kira sejam bersama lebih 3,000 masyarakat setempat serta menyampaikan sumbangan Deepavali dan Hari Raya Aidiladha kepada 600 penerima.

3 ulasan:

  1. Inilah cara UMNO untuk memperbodohkan ahlixnya
    dengan memberi sumbangan.Dan elok sangatlah dengan
    ahlix umngok ini suka diperbodohkan dulu kini dan
    selamanya.Mampus UMNGOK!

    BalasPadam
  2. "Untuk Bajet 2012 kita guna pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi dan lain-lain, bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd.......ha ha boleh pakai ker statement begini???

    BalasPadam
  3. setakat jadi penyampai bajet semua orang lain yang buat sapa pun boleh..

    BalasPadam