Jumaat, 14 Oktober 2011

Kasi Saman Lagi!!.Biar Mereka Telingkup Mcm Utusan..

Ahli Parlimen Shah Alam menafikan dakwaan beliau menyalahgunakan wang zakat untuk membiayai pelajaran anaknya di Timur Tengah.

"Saya sendiri yang membiayai perbelanjaannya termasuk yuran pembelajaran dan kos sara hidup sehingga dia tamat (belajar).

"Untuk pengetahuan, anak saya belajar di Jordan dari tahun 2001 hingga 2008. Sepanjang tempoh tersebut dia tidak menerima biasiswa daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya dalam entri terbaru di blognya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel di sebuah blog yang mendakwa anak Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor telah menggunakan wang zakat daripada LZS untuk membiayai pengajian anaknya di Asia Barat.

Penulis blog itu mendakwa sebagai Ahli Parlimen dan juga jurutera, sudah tentu Khalid berkemampuan untuk menanggung pelajaran anaknya justeru beliau mempertikaikan tindakan pemimpin PAS itu menggunakan peruntukan wang zakat untuk tujuan tersebut.

“Sebagai Ahli Parlimen dan jurutera, sudah tentu Khalid lebih daripada mampu untuk menanggung pelajaran anaknya, tetapi kenapa dia menggunakan wang dari PZS untuk tujuan tersebut.

“Wang tersebut sepatutnya disalurkan kepada anak-anak orang yang lebih susah atau miskin untuk menyambung pelajaran terpaksa diberi kepada anak seorang Ahli Parlimen yang sudah kaya-raya,” dakwa penulis blog berkenaan.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata anaknya hanya menerima bantuan umum daripada LZS sebanyak RM1,000 setahun yang diberikan kepada setiap pelajar dari Selangor yang tidak mempunyai penaja dari tahun 2001 hingga 2008.

“Anak saya telah menerima bantuan umum daripada LZS sebanyak RM1,000 setahun yang diberikan kepada setiap pelajar Selangor yang di bawah pembiayaan sendiri dari 2001 hingga 2008.

“Bagaimanapun jumlah tersebut telah dinaikkan kepada RM5,000 pada tahun 2009 selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan di Selangor,” kantanya.

Pada 2009, kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah menaikkan jumlah bantuan umum yang diberikan kepada mereka yang tidak menerima biasiswa daripada RM1,000 kepada RM5,000 setahun.

“Menurut anak saya sumbangan yang diterima itu telah digunakan untuk membeli kitab rujukan dan menunaikan umrah,” katanya.

1 ulasan:

  1. Masalahnya, adakah anak si Khalid ni layak menerima bantuan tersebut!

    Kalau dia kata dia mampu menanggung semua perbelanjaan anaknya disana, maknanya si Khalid tak perlukan bantuan wang zakat itu!

    Tetapi kenapa dia terima juga ?.....ini menunjukkan bahawa Khalid telah menyalahgunakan bantuan zakat itu untuk kepentingan anaknya.

    BalasPadam