Mengikut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, peruntukan RM54 juta yang dimiliki agensi itu dibelanjakan untuk membeli peralatan seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Jumlah itu merupakan dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.
Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:
Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419
Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
Dua dapur gas pembakar pada harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90
Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79.
Pengisar pada RM140 dan berbanding harga pasaran RM60.
Ketuhar yang dimaksudkan itu digunakan untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
Manakala, katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.
Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
Siapa yang bodoh, MARA atau KERAjaan. Dua-dua bodoh sebab rakyat yang pilih
BalasPadamInilah perangai UMNOYAHUDI yang menjahanamkan
BalasPadamnegara.Ahlixnya juga jenis LEMBU yang ada akal
letak kat kepala lutut memberi undi kepada
pemimpin yang tiada 'standard' untuk mengtadbir
negara.
yang bodo rakyat sebab pilih kera..jaan bodo
BalasPadamtahun susah dok lapor macam ni jugak..tapi tak dak apa pun tindakan,,buang masa saja...
BalasPadam