Isnin, 24 Oktober 2011

Maut Semasa Main "Paintball"..

Seorang jurujual kereta yang teruja ketika menyertai satu kejohanan paintball mati mengejut dalam keadaan melutut selepas permainan tamat di Solok Bukit Bayan di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, Mohd. Farid Yusop, 34, dikatakan tidak bergerak langsung di bunker sebelum rakan-rakan menyedari mangsa telah meninggal dunia.

Menurut isteri mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, 34, suaminya mengadu badan tidak sihat sejam sebelum permainan bermula.

"Memandangkan kumpulannya tidak cukup pemain, arwah terpaksa meneruskan juga permainan," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka disini.


JuRaGan : Dari Allah kita datang,kepada Allah kita kembali..sesungguhnya apa
pun yang kita ingin lakukan maka selesaikan dulu urusan kita dengan Allah s.w.t


Tiada ulasan:

Catat Ulasan