Rabu, 12 Oktober 2011

Fuhh..Inilah "Respon" Pang Chaw Terhadap Sinar Harian..

Media di negara ini berhak mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku dalam PAS terutama dalam soal hukum hudud, kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw.

Katanya beliau sama sekali tidak akan menyekat usaha media untuk bertemunya dalam menyuarakan pendapat masyarakat bukan Islam terhadap isu itu.

"Saya tahu apa kerja wartawan yang mahukan maklumat sebenar. Kenapa saya mahu menyekat mereka untuk mendapatkan gambaran sebenar itu.

"Saya bekas wartawan dan prinsip saya jelas bahawa wartawan berhak tahu apa yang berlaku," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Hu berkata demikian mengulas tindakan Dewan Pemuda Pas Kelantan yang mendesak agar beliau tidak lagi menggunakan media berhubung isu hudud sebaliknya mengamalkan sikap berbincang mengikut saluran parti.

Beliau berkata wartawan harus membuat laporan dengan tepat kerana khuatir ia akan dimanipulasi pihak tertentu bagi tujuan yang tidak baik.

"Saya menyambut baik mana-mana pihak dalam Pas untuk berbincang dengan saya kerana ini yang saya mahu tetapi jangan sekat saya untuk bertemu media kerana saya tahu kerja wartawan," katanya.

Hu berkata cadangan DHPP Perak agar beliau menyaman mana-mana akhbar yang telah menyeleweng fakta sebagai tidak perlu. "Saya tidak akan menyaman mereka kerana wartawan juga adalah manusia yang kadang kala ada membuat kesilapan," katanya.

Menurutnya tindakan akhbar Sinar Harian dua hari lalu yang melaporkan kononnya beliau mengugut untuk keluar Pas adalah tidak tepat.

"Saya tidak pernah membuat ugutan dan tidak pula menyatakan tidak mahu menyokong hudud tetapi saya mahu DHPP diberi peranan dalam membuat keputusan," katanya. -BERNAMA

2 ulasan:

  1. Pemuda PAS tak pas(=tak cerdik). Asyik dikenakan oleh akhbar tak berwibawa. Akhirnya diri jadi tak berwibawa.

    BalasPadam
  2. Buat malu jer laa...
    nampaknya cina tu lebih bijak dan rasional berpolitik!

    BalasPadam