Ahad, 9 Oktober 2011

Panass...Siapa Artis Yang "TerKantoi" Ini..??

Tolong maafkan saya – Enot....Saya tahu saya buat salah. Saya minta maaf.” Begitu perlahan dan berhati-hati Enot melepaskan suara. Jelas sekali dia masih dalam keadaan tertekan.

Ini semua gara-gara kenyataannya berkaitan hukum hudud yang mengundang kecaman pelbagai pihak, menerusi pelbagai ruang setelah kenyataannya itu disiarkan Zass kelmarin.

Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah, 32, mengaku dia sangat tertekan berada dalam situasi itu.

Ini dapat dilihat daripada langkahnya yang begitu longlai ketika tiba di lokasi yang dijanjikan untuk bertemu wartawan Zass bagi membersihkan semula namanya.

Pun begitu, Enot yang diiringi dua puterinya, Andriana Balqis, 10, dan Arieana Qaseh Qistina, 4, masih cuba mengukir senyum.

Namun senyumannya itu dilihat agak ‘kelat’ sekali gus membayangkan kontroversi hudud yang dicetuskan secara tidak sengaja, telah meletakkan dirinya dalam situasi yang sukar.

“Enot rebah sebaik melihat kecaman yang dihantar orang menerusi fanpage semalam.

“Enot harap masalah ini tak berpanjangan. Orang yang mengecam Enot, dia tak tahu dan tak nampak bagaimana kesannya kepada Enot,” katanya.

Enot berkata apa yang paling penting bagi dirinya ialah kecaman itu jangan sekali-kali melibatkan orang lain, terutama ibu bapanya yang sudah tiada.

“Sampai hati mereka nak libatkan emak ayah Enot. Mereka dah tak ada, kalau yang buat salah itu Enot, cukuplah kalau nak mengata atau marah pada Enot saja. Buat apa nak dituding sama pada orang yang sudah tak ada, tidakkah itu pun dosa juga?” katanya.

Enot berkata, dia ikhlas minta maaf, dan ikhlas juga mahu kontroversi yang secara tidak sengaja dicetuskannya itu, dihentikan segera.

“Enot harap cukuplah, jangan panjang-panjangkan lagi. Enot pun ada anak, yang sebagai ibu, Enot sentiasa harapkan mereka hormati Enot dunia akhirat. Mereka budak lagi, mereka tahu kalau hati ibu mereka disakiti, dihina. Jadi tolonglah jangan lukakan hati mereka. Berilah peluang untuk kami anak beranak hidup aman damai,” katanya sambil mengesat air mata.

Pertemuan yang pada mulanya disangka hanya akan berlangsung tenang untuk Enot selesa memberikan penjelasan dan meluahkan isi hatinya itu, ternyata menjadi semakin emosional apabila puteri sulung Enot, Adrianna Balqis sambil menangis, tiba-tiba berkata: “Mama tak bodoh, mama tak jahat. Orang yang cakap tu yang bodoh, jahat…”

Suasana menjadi semakin hiba, hingga wartawan pun tidak mampu lagi hendak terus mengekang air mata apabila si adik, Arieana pula cuba memujuk kakaknya. Kedua-duanya berpelukan sambil masing-masing menangis semahu-mahunya.

Menurut Enot, anak sulungnya itu memang cukup sensitif melihat dia dihina sebegitu rupa.

“Balik dari sekolah semalam, dia menangis. Apa saya nak buat? Zaman sekarang kalau tak tengok TV, baca surat khabar, semua itu boleh didapati di Internet. Inilah yang saya nak jaga. Bukan untuk diri sendiri tetapi anak-anak dan masa depan mereka,” katanya sambil menyeka air mata.

Menurut Enot, dalam banyak-banyak kecaman yang diterima, ada individu yang memintanya mengucap semula.

“Mengapa begitu teruk orang menghukum saya? Saya terima jika mahu tegur tetapi mengapa perlu caci dan hina? Mengapa mereka tidak lebih bersopan sedangkan bersopan juga amat dituntut dalam Islam,” katanya.

Selain itu, kata Enot, banyak juga kata-kata menghina yang menyebutnya sebagai jahil, tak tahu agama dan minta masuk sekolah semula.

Kerana kenyataannya itu juga, ada antara pelanggannya membatalkan tempahan.

“Alasan diberikan, mereka tidak yakin dengan bahan yang saya gunakan.

“Kata mereka, saya jahil dalam agama, jadi mereka bimbang saya guna bahan haram untuk masakan saya. Subhanallah begitu hebat dugaan yang menimpa diri saya,” katanya.

“Saya mencari rezeki halal untuk anak-anak. Kenapa saya nak buat perkara bodoh macam itu, guna benda haram bagi orang makan? Saya hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan,” katanya

JuRaGan : Bagi gua..inilah nasib malang artis kita,kerana kejahilan pemimpin Umno yang terang-terang menolak hudud menyebabkan mereka pun turut sama berani menolak hukum ini...inilah hasil kejahilan pemimpin Umno yang terpaksa dikongsi bersama oleh rakyat...sekiranya pemimpin sering bercakap mengenai islam maka perkara ini tidak akan berlaku..Kesimpulannya...pilihlah pemimpin yang boleh memimpin rakyat ke arah Islam!!


8 ulasan:

  1. udah udah lah tu,enot dah mohon maaf dan jangan lupa mohon ampun ngan allah itu yang paling berwajib......tak gitu enot!!apa pun enot..you cannot go back and make a brand new start,but you can start from now and make a new ending.

    BalasPadam
  2. Enot.

    itulah akibatnya mempermainkan hukum ALLAH

    sendiri buat.....sendiri kena tanggung

    BalasPadam
  3. Gua respek dengan Enot,akui kesalahan dan mohon maaf..Bukan mcm pimpinan Umno Haram Jadah yang dengan sombong pertikai dan tolak hukum Allah tanpa rasa bersalah.

    BalasPadam
  4. kesian kat ank2 enot. Sy tumpang simpati. Kerana pertikai hak ALLAH, ank2 jd mangsa. Bab agama ni jgn bg pendapat peribadi kena tanya ahlinya.. sesal xsudah.. smg enot ambil semua ni sbg pengajaran..

    BalasPadam
  5. kesian kat ank2 enot. Sy tumpang simpati. Kerana pertikai hak ALLAH, ank2 jd mangsa. Bab agama ni jgn bg pendapat peribadi kena tanya ahlinya.. sesal xsudah.. smg enot ambil semua ni sbg pengajaran..

    BalasPadam
  6. memang patut pun Enot mengucap semula. ingat, jangan main-main dengan hukum agama. kalau tak pasti atau tak tahu baik diam. senang je jawab ,no komen. kita hidup bukan kat dunia je. minta maaf senang, tapi akidah kita macamana? pengajaran untuk para artis. yang lain tu relax aje. tak rasa b ersalah pun,

    BalasPadam
  7. anak dia tu patut rasa malu jugak bila tgk mak dia pakai baju/lagak macam org bangang dlm rancangan '1 vs 0' astro ria..berpasangan plak ngan didie alias...malu aku kalu ada mak cam tuu

    BalasPadam
  8. ... pelakun memang pandai belakun... lain di mulut lain di hati ...

    BalasPadam