Khamis, 6 Oktober 2011

Kenyataan Penganalisis Politik Ini "MENAKUTKAN" Umno...

Barisan Nasional (BN) bukan sekuat yang disangka. Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar yang berkata demikian menjelaskan, BN boleh dikalahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) jika pembangkang menggunakan strategi yang betul.

“Pada 2008, pembangkang sudah berjaya menafikan penguasaan dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat. Ini kali pertama berlaku dalam sejarah negara, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

“Pada saya, kekalahan BN di banyak kerusi pada masa itu bukan atas sebab pembangkang kuat tetapi kerana berlaku masalah dalam BN sendiri,” katanya.

Antara sebab itu, kata Chandra yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (sebelum ditukar kepada PKR) ialah kerana pemimpin BN sering menganggap mereka berada dalam zon selesa dan akan sentiasa mendapat sokongan rakyat.

“Mereka terlupa pada masa itu faktor ekonomi tidak berpihak kepada mereka. Kenaikan harga minyak menyebabkan hidup rakyat semakin terhimpit, menyebabkan mereka marah kepada kerajaan. Undi protes banyak membantu memenangkan calon pembangkang pada pilihan raya itu,” katanya.

Berbanding kerusi Parlimen yang menurutnya BN berpeluang untuk kembali menguasai majoriti dua pertiga, Chandra bagaimanapun mengakui sukar untuk meramal keupayaan BN merampas semula pemerintahan negeri yang kini di bawah PR.

Pada 2 Oktober lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan meramalkan peluang BN untuk menang dan kekal berkuasa jika PRU-13 diadakan dalam masa terdekat, boleh dianggap tipis.

Katanya, ini berikutan masih wujud pelbagai gejala negatif dalam parti komponen utama BN, Umno seperti budaya cantas mencantas yang kini berada pada tahap kritikal.

5 ulasan:

  1. dulu arwah mat rahmat kempen haramkan VHS - VIOLENT HORROR SEX.

    tapi kini itulah 3 perkara menjadi makanan dan darah daging umno.

    umno banyak buat kerja2 samseng - violent
    umno banyak impot penggundi hantu - horror
    umno banyak politik lucah dan kotor - sex

    ada lagi satu - umno parti h....mj...h

    BalasPadam
  2. penganalisi ni tak bolih percaya, bila Tun kata umno kalah yang lain ikut kata umno kalah ,kalau Tun kata umno bolih menang beribu penganlisis politik ampu akan mengatakan macam kekuatan pada umno. menyalahi hakikat sebenar umno. tanya budak sekolah rendah mereka kata umno tipu raayat. ada iktiviti sekolah minta pada muridx.

    BalasPadam
  3. Menang atau kalah sesuatu parti, bukan bergantung kepada kekuatan parti sahaja, faktor kepimpinan dan tokoh yang dicalonkan memainkan peranan penting bagi sesuatu kawasan.

    Kalau dahulu ' TUNGGUL KAYU" jika dijadikan calun dacing, boleh menang tetapi kini diletakkan mutiara sekalipun belum tentu kemenangan tercapai. Pengundi sekarang jauhari mengenal maknikam.


    hby

    BalasPadam
  4. AKU RASA TAK PAYAH NAK ANALISIS LAGILAH...MEMANG DAH NAK LINGKUP UMNOBN INI!!

    BalasPadam
  5. gerenti bn/umno boleh kalah.
    tapi singkirkan dulu
    pengundi hantu bonceng,
    pengundi jembalang tanah
    dan pengundi makhluk asing.
    kalau tidak jangan
    mimpi pr kuasai putrajaya.
    walaupun mahathir dan chandra
    kata bn/umno boleh kalah.
    rakyat malaysia sebenarnya
    sudah lama meluat dengan bn/umno.

    BalasPadam