Pelakon terkenal siri komedi popular tahun 1990-an, Baba Nyonya, Chee Hood Siong meninggal dunia pada Ahad lalu akibat serangan jantung ketika berusia 66 tahun.
Mendiang terkenal dengan watak Ah Chim seorang wanita peranakan bersama-sama dengan seorang lagi pelakon, Kenny Chan yang memegang watak Bibik Kim Neo.
Siri popular itu diiktiraf oleh Malaysia Book oF Records sebagai siri televisyen paling lama di negara ini apabila mula bersiaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod.
Chee meninggalkan seorang isteri, Gladys Ong Keng Wah dan dua anak.
Dalam pada itu, pasangannya dalam sitkom itu, Chan yang kini seorang pemilik restoran King's Caf di Melaka berkata, kematian Chee adalah satu kehilangan besar.
Kedua-dua mereka adalah sahabat baik yang sentiasa bekerja bersama-sama sepanjang 30 tahun berada di dalam industri.
"Dia adalah seorang pelakon yang berbakat dan dia mampu membawa apa sahaja watak diberikan. Pelbagai cabaran dan rintangan kami lalui bersama," katanya.
Punya la lamanya berlakon,Tak pernah pun dapat anugerah..pelakon baru,tunjuk buah dada dalam satu filem terus dapat Anugerah,memang dasar UmnoPorn.
BalasPadamSalam,
BalasPadamKalau nak tengok orang Cina bertutur cam diorang ni masih ada lagi kat Melaka. Memang diorang tak boleh cakap dialek Cina.