Isnin, 10 Oktober 2011

Pembangkang Menang Di Parlimen..

Gua tengok dalam TV3 bagaimana Nazri Aziz marah dengan sikap MP pembangkang yang rata-rata tidak mahu kenaikan gaji dan elaun ahli parlimen...Bukan apa,kata beliau "Untuk tambahan duit minyak MP juga,sebab mereka selalu turun melihat kawasan mereka,lagi pun apa saja MP dapat,ia akan kembali kepada rakyat,sebab MP bekerja untuk rakyat."kata si Mangkuk Hayun ini...Gua lepas tu terus termuntah beb...

Mstar : Pembangkang menyambut baik keputusan kerajaan menarik balik cadangan kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012.

Menyifatkan sebagai bukan masa yang sesuai untuk mengkaji semula kenaikan berkenaan, rata-rata wakil rakyat pembangkang mahu kerajaan memberi perhatian kepada isu ekonomi rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan kajian semula tersebut tidak munasabah walaupun turut mendapat rungutan daripada wakil rakyat pembangkang.

"Tidak munasabah untuk pertimbangkan walaupun ada ahli Parlimen yang mengeluh. Tetapi tak wajar untuk pertahankan (kaji semula elaun) dalam keadaan ekonomi sekarang," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Keputusan penarikan balik cadangan kajian berkenaan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Isnin ekoran bantahan keras pembangkang sebelum ini termasuk Anwar.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012 mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji elaun ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan wakil rakyat kerajaan,pembangkang dan bebas.

Mengulas lanjut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh bagaimanapun berkata, pembangkang tidak menolak sekiranya kerajaan mengusulkan untuk memperuntukan elaun penyelidik bagi setiap wakil rakyat.

"Kalau dinyatakan secara spesifik seperti elaun penyelidik, pembantu di kawasan Parlimen...tapi itu tidak dicadangkan.

"Kami tolak proposal berkenaan (kaji elaun), tapi kalau mereka kembali dengan cadangan baru mengatakan untuk sediakan penyelidik, pembantu di Parlimen..itu lain," katanya.

Selain itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali turut menyokong keputusan kerajaan menarik balik cadangan kenaikan tersebut yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM30 juta.

"Secara prinsipnya ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak menerima cadangan berkenaan kerana ini bukan masanya. Tumpuan harus diberikan kepada masalah rakyat serta kenaikan harga barang.

"Mengapa sekarang nak naikkan, saya sambut baik keputusan menarik balik. Kita boleh kaji, tapi ini bukan masa yang sesuai," katanya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, peruntukan khusus bagi membayar elaun penyelidik dan pembantu ahli Parlimen wajar dikaji semula untuk kemudahan wakil rakyat.

"Tak perlu naikkan gaji wakil rakyat, cukup sekadar beri peruntukan untuk naikkan elaun penyelidik," katanya.


8 ulasan:

  1. hahahahaaaa...

    Apa punya sengal MP pakatan ni !!
    Sekarang adalah masa untuk perbahasan usul. kemukakanlah apa saja cadangan untuk menambah baikkan usul tersebut!
    Bukannya di tolak mentah-mentah..

    Ternyata Anwar dua kali bangang!!
    Sekarang MP-MP pakatan tentu tak puashati dan marah padanya atas tindakannya itu...

    BalasPadam
  2. rakab kau pun masok golongan bangsawan united malays no otak/b-end....kan lebih baik mintak peruntukan mp diberi terus kepada mp2 pr dan bukan kepada malaon2 ketua bahagian yang dah tentu penyamun dan penyangak...kata rakyat didahulukan??????

    BalasPadam
  3. MP PR dulukan rakyat..MP Umno dulukan perut boroi,sbb itu ada ahli umno di sabah makan siput babi.Bodohnya rakab di atas,patutlah melayu umno kena tipu memanjang.Bila datang MP Umno pakat cium tangan,menjijikkan.

    BalasPadam
  4. Ha..ha..ha..ada lagi spisis "Bahlol" macam si rakab ini.Patutlah UmnoPorn boleh menang!

    BalasPadam
  5. ha..ha..ha..ha..rakab tak sedar diri. Seronok sendiri. X tau nazri dengan tok jib tengah kecut perut.

    BalasPadam
  6. Anwar dah termasuk perangkap Najib!!

    Anwar sangka usul cadangan kenaikan elaun itu pasti akan diluluskan kerana MP-MP BN tetap akan menyokong dan meluluskan bajet tersebut.

    Maka Anwar pun berpura-pura menentang seolah-olah beliau adalah pejuang rakyat.

    Malangnya sebaik-baik saja Anwar bersuara menentang, Najib dengan segera mengarahkan Nazri Aziz supaya menarik balik usul tersebut!

    Sekarang semua MP samada BN atau Pakatan memandang dengan perasaan marah dan tidak berpuashati kepada Anwar !!

    Ternyata Najib sungguh bijak bermain politik...

    BalasPadam
  7. Bijak ke Kecut Teloooooooo,,kah..kah..kah..

    BalasPadam
  8. non 12.46,

    aparaaa...nama pun cibai,...carik nama lainlah!

    BalasPadam