Sabtu, 15 Oktober 2011

Penolong Pendaftar Pulak Kena Pecat..??

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memecat 94 Penolong Pendaftar Pemilih, manakala 163 lagi, diberikan amaran kerana cuai dan tidak teliti secara berulang kali dalam urusan mendaftar pemilih sehingga Ogos 2011.

Setiusahanya, Datuk Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana tujuan mereka dilantik adalah untuk membantu SPR mendaftarkan lebih ramai pemilih secara profesional, bagaimanapun sebaliknya berlaku.

“Sikap cuai dan tidak teliti dalam pengisian borang pendaftaran pemilih (Borang A) oleh penolong pendaftar ini, menyebabkan banyak masa SPR terbuang kerana terpaksa memproses kembali borang yang tidak layak sebelum dimuat naik ke Pangkalan Data Pusat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kelmarin, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendedahkan badan pengendali pilihan raya itu akan mempamerkan hampir 40,000 nama pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

Untuk rekod, SPR melantik penolong pendaftar pemilih daripada kalangan wakil parti politik, wakil jabatan kerajaan, wakil pertubuhan bukan kerajaan, wakil universiti/kolej untuk membantu pihak berkenaan mendaftarkan individu yang layak sebelum dihantar kepada SPR untuk diproses.

Bagi tempoh suku ketiga tahun ini (Julai hingga September) SPR menerima 200,395 Borang A daripada penolong pendaftar pemilih di seluruh negara, bagaimanapun terpaksa menolak sebanyak 71,184 daripadanya kerana pelbagai kesilapan.

“Bagi mengekang masalah ini berterusan, SPR telah mengetatkan syarat-syarat dalam urusan pendaftaran pemilih dengan menyertakan salinan kad pengenalan pemohon semasa menghantar Borang A,” katanya.

1 ulasan:

  1. muka abdul aziz muka penipu cuba buat ujian memang sah dapat jawapan

    BalasPadam