Seorang lelaki maut di tempat kejadian manakala motosikalnya remuk teruk dipercayai selepas bertembung dengan sebuah lori di Sengkang Batu 19 Bukit Gambir, malam kelmarin.
Shaidan Abdul Rahman, 33, yang dirempuh dari arah bertentangan dan diseret sejauh 10 meter, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.
Difahamkan, ketika kejadian jam 9 malam, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Seri Paya, Sengkang Batu 20, selepas bertemu rakannya di Pasar Malam Serom 3.
Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Adi, 30-an, berkata dia tidak menyangka kehadiran Shaidan ke gerai murtabaknya malam kelmarin adalah pertemuan terakhir mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan