Jumaat, 21 Oktober 2011

Ulasan Ulamak Pas Ini,Jelaskan "KeJahilan Gila" ZulDin..!!

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.

Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.

Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

“ Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

“Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra’ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.

“Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat’ie.

“Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

“Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah,” ujar beliau lagi.

JuRaGan : Inilah Biawak Hidup yang dipelihara oleh Umno untuk menyerang PAS,Rupanya sang biawak ini jahil Murakab seadanya..kuah3..sama mcm pimpinan Umno yang lain,kasi buang lu punya ketayap beb..memalukan orang Islam saja!!


7 ulasan:

  1. masyaallah engko ni Zul,kerana habuan dunia yang Umno bagi,engko sanggup gadaikan aqidah dan memesongkan hukum Allah..Jangan sampai diLaknat Allah,Nauzubillah!

    BalasPadam
  2. ya allah zul..
    aku kt kulim nie jijik dah dengan hang.
    hang perabih la duit yang umgok bg tu dlu,lps tu pi la belajar syariah dulu.setakat lawyer buruk aku pn x heran.aku keja lawyer dah puluh2 tahun, tapi soal agam aku xberani main2,sb ilmu kurang,hang main redah jer.

    BalasPadam
  3. PRU 13..zul kulim calon parlimen zimbabwea..setuju tak?

    BalasPadam
  4. Ya allah...panjang kan lah umur ku...aku nak tgok zulkulim lepas PRU 13..jadi kain buruk ka?

    BalasPadam
  5. Belum kena penampaq sulung aku dia nih..harapan saya jgnlah letak gambaq dia ni kat blog,tengok muka dia boleh suwei 44 hari ptui!!!

    BalasPadam
  6. dulu Teloq Zul pun hangpa Jilat,ada yg ambik ayaq kencing dia buat penawar pun ada,ada yang buat pelaris pun ada...cuma tak kulum telor dia ja kot.La mcm2 pula hangpa kata kat dia. ni la bahlol nya hangpa.

    BalasPadam
  7. zul tu merasakan dia tu ulamak tak perlu refer sesiapa... dak kenyang mentedarah duit haram.....

    BalasPadam