Jumaat, 21 Oktober 2011

Terpaksa Adakan "Sidang Tergempar" Kerana Ketakutan..

Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) akan mengadakan sidang media tergempar berikutan isu pensyarah Fakulti Undang-undangya, Prof Dr Abdul Aziz Bari yang dikenakan surat tunjuk sebab ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini.

Sidang media tersebut akan diadakan di pejabat Rektornya dan dipengerusikan oleh Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin di kampus induk UIAM di Gombak pada petang hari Jumaat.

Isu penggantungan tugas Abdul Aziz mula timbul selepas beliau dikenakan surat tunjuk sebab atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.

Difahamkan surat berkenaan telah dikeluarkan oleh unit undang-undang UIAM Rabu lalu dan Abdul Aziz diberi tempoh sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab surat berkenaan.

Sementara itu, peguam pakar perlembagaan itu, Dr Dzukarnain Lukman pula mendakwa, Abdul Aziz bukan sahaja dikenakan surat tunjuk sebab malah beliau turut digantung tugas.

Sepanjang tempoh tersebut beliau tidak dibenarkan berada di UIAM, berhubung dengan mana-mana kakitangan atau pihak yang ada kepentingan dengan universiti berkenaan.


Terkini Demo Kecoh di UIA ( Klik Sini )





1 ulasan:

  1. Jilat lagi pungkok pimpinan Umno tu!!!Bila rakyat bangun baru Mengelabah!!

    BalasPadam