Pas menyokong penggubalan satu akta khusus yang dicadangkan baru-baru ini, bagi menghalang umat Islam daripada murtad, namun pada masa sama mempersoalkan sama ada cadangan ini disokong pihak yang menentang perlaksanaan hudud.
Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas tiada masalah untuk menyokong cadangan Akta Murtad tetapi beliau menyifatkan akta ini hanyalah mainan media bagi meraih undi.
Dakwanya, sampai satu tahap nanti, seluruh jentera Umno dan media massa akan senyap sunyi daripada melaporkan perkara ini.
“Saya diminta untuk memberikan reaksi mengenai isu Akta Murtad, saya sokong. Sampai masanya seluruh media dan Umno akan senyap, kita lihat sahajalah nanti,” katanya dipetik dari laman Facebook rasminya semalam.
Selain itu, Nik Aziz turut menyalahkan Umno kerana terlalu mengamalkan sentimen politik sehingga menghalang Pas daripada melaksanakan undang-undang khusus menangani gejala murtad sejak dari tahun 90-an lalu.
“Sejak dahulu sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh Pas untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan undang-undang berkaitan murtad.
“Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau, sepatutnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus mengenai perkara ini,” katanya.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut mendedahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pada ketika itu Timbalan Presiden pernah memohon supaya usul yang dinamakan Rang Undang-Undang Persendirian (Murtad) dibawa ke Dewan Rakyat.
“Malangnya usaha sebegitu baik telah gagal disempurnakan dan ditolak dari awal tanpa diberi laluan untuk dibahaskan,” katanya.
Cadangan Akta Murtad dibangkitkan semula Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria minggu lalu agar gejala ini dapat dihalang selain menghukum individu terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan Akta Murtad harus dibincangkan secara bersama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana ia terletak dalam bidang kerajaan negeri.
JURaGan:Nak Halang Kambing daripada makan tanaman orang lain tapi tak jaga dan buatkan kandang..bangangggg Umnooo..
bn/umno ni bilalah nak bertaubat,barang naik,baghal naik,biul bahlol lagilah naik.nak lawan hukum allah?.apa bn/umno fikir dacing bn/umno boleh ke lawan dacing allah swt dipadang masyar tu nanti?.bn/umno ni mudah lupa,apa dah jadi ngan kapal layar dah tenggelam dilaut cina selatan ke? atau dah jatuh terjunam kedalam longkang?.cer certe bn/umno yang mana satu dah ditalkinkan tanpa batu nisan.inilah ghopenye bn/umno, namenye oghang puteh mane nok kearah islam,pulak tu dah dimatikan dihidupkan balik[reincarnation]
BalasPadamRemaja Malaysia makin lucah dan ganas, biasan bahawa pemimpin yang diangkat menerajui negara adalah sedemikian juga. Agama (gaya hidup beragama) pemimpin adalah agama rakyatnya. Tiba masanya untuk seluruh rakyat Malaysia syorkan hudud dijadikan sebahagian hukuman di Malaysia.
BalasPadam