Sabtu, 26 November 2011

Tmb. Menteri Bangangg..Lu Tengok Gambar nii beb !!

Ini Kota Tinggi Johor bukan Kota Bharu la Bangang,tetap dilanda banjir
walaupun Umno yang Perintah selama 50 tahun lebih..


BACHOK: Pembinaan perparitan dan longkang yang sempurna bagi mencegah banjir kilat akan dijadikan antara agenda utama Barisan Nasional (BN) jika diberi peluang oleh rakyat Kelantan memerintah pada pilihan raya umum kelak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata ini disebabkan sebilangan besar rakyat terutama yang tinggal di kawasan perumahan dan jumlah penduduk yang padat terpaksa berpindah setiap tahun kerana ditenggelami air bertakung disebabkan air hujan tidak dapat mengalir keluar.

"Belumpun paras air Sungai Kelantan melimpah tebing sudah ramai rakyat yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan apabila kediaman mereka dinaiki air," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan RM300 kepada setiap 17 ketua keluarga mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Pak Badol di sini, hari ini.

Seramai 65 mangsa banjir ditempatkan di situ sejak dua hari lalu apabila rumah kediaman mereka di sekitar Kampung Pak Badol dinaiki air antara 0.2 hingga 0.3 meter.

Mereka termasuk yang tinggal di Kampung Tasek, Kampung Pak Poja dan Kampung Mahligai.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, masalah itu timbul disebabkan kegagalan kerajaan negeri membinanya walaupun diberi peluang selama 21 tahun menerusi pihak berkuasa kerajaan tempatan.

"Kerajaan negeri sepatutnya menyediakan pelan tindakan jangka panjang dan menyeluruh agar lebih ramai rakyat mendapat kemudahan itu dan tidak menyusahkan mereka sebaik sahaja selepas berlaku hujan lebat," katanya. - BERNAMA



8 ulasan:

  1. malulah aku ada ore kelate yang bergelar doktor tapi bodo macam lembu mok zat

    BalasPadam
  2. dinegeghi pegheleh dipeghentah oleh umno/bn pun selalu banjir padahal sungai dipegheleh ni macam paghit kat kelate,banjir kilat yg selalu belaku kat pegheleh ni berpunca dari pembangunan yg tidak dirancang dengan baik oleh pehak kerajaan umno/bn.

    BalasPadam
  3. Aku Nak Tanya negeri yang dilanda banjir seperti Pahang,Ganu,Johor,Melaka dan Perlis sapa perintah???KL yang hebat dan canggih yang diperintah oleh UMno,kalau hujan 3 jam habih tenggelam.

    Macam mana la menteri otak bengap macam ini boleh bercakap seolah-olah tadak tuhan.

    BalasPadam
  4. Bodoh x blajar Geografi..
    Kelantan tu negeri Pantai Timur..Laut dia Laut China Selatan,laut lapas,bkn mcm Pantai barat laut selat yg terselit antara Pulau Sumatera dan Pantai barat..
    Angin pantai Timur lbh kencang sbb x der penghalang..Jd hujan dia lbh lebat dan ombak dia lbh besar krn faktor Geografi..
    Buat Malu jd Menteri Pelajaran..
    Faktor Geografi pun nk dijadikan modal Politik..
    Bodoh tahap Cipan..

    BalasPadam
  5. kalau air dah terlampau banyak ada parit besar mana pun..banjirlah..yeop.? mengajilah wahai org amenoooo ye..?

    BalasPadam
  6. memang bangang seorang nie

    BalasPadam
  7. Masa aku pergi PRK Tenang,yang terletak di mana ya..Oh di Kelantan rupanya,patutlah Banjir teruk,sebab Tenang dalam Negeri Kelantan,kalau negeri umno pasti tak banjir,sebab sistem yang mrk buat memang canggih habis.Ha..ha..ha Menteri "Biul"!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  8. sume cakap macam bagus...korang pandai uat sendiri jadi menteri...cakap pandai uat penakot...komen berani la....

    BalasPadam