Isnin, 28 November 2011

Inilah Rayuan Najib,Muka Tak Malu Kepada Rakyat Malaysia..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menegaskan adalah "amat penting" bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan partimenjayakan semua agenda transformasi yang dijanjikan.

Presiden Umno itu berkata, ini juga akan memastikan wawasan negara untuk muncul sebagai negara maju pada 2020 dapat diteruskan.

"Kita sudah memulakan perjalanan ini - (melaksanakan) transformasi ekonomi,politik dan sosial...Umno akan menerajui transformasi negara bersama-sama denganrakan-rakan kita dalam BN, dan kita akan meneruskan perjalanan ini menuju Wawasan 2020.

"Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang. Saya sentiasa menekankan bahawa ianya bukan tidak penting untuk dipilih semula, sebenarnya amat penting untuk dipilihsemula. Untuk kita menjayakan transformasi sebenar, kita perlu dipilih semula,"katanya.

Najib berkata demikian semasa merasmikan forum antarabangsa "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini.

Najib berkata, parti memerlukan sokongan daripada rakyat, dan untuk itu, ia perlu bekerja keras dan tidak hanya mencanangkan apa yang telah dilakukan oleh parti di masa lepas.

Sebaliknya, parti perlu menunjukkan keazaman dan keikhlasannya untuk memberikan yang terbaik untuk negara, pada masa sekarang dan di masa depan,katanya.

Berkongsi perjalanan Umno sebagai sebuah parti politik, Najib menyifatkan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin lepas yang telah membuat keputusan berani dan berwawasan serta kesediaan parti untuk berubah sebagai rahsia kejayaan besar parti.

"Hakikatnya ialah sebagai sebuah parti politik, kita sudah berjaya melalui liku-liku itu, kita bersedia untuk melakukan transformasi dan bersedia untuk melakukan perubahan, bagi saya itu merupakan satu daripada rahsia kejayaan kita sebagai sebuah parti politik," katanya.

Umno, kini sudah berusia 65 tahun dan sebagai parti tunggak dalam gabungan Barisan Nasional (BN), telah berkuasa lebih 54 tahun secara berterusan. - BERNAMA

6 ulasan:

  1. PUAK GEROMBOLAN NI TAK AKAN LEPAS BEGITU SAJA KUASA YANG DIREMBAT SELAMA LEBIH 50 TAHUN,SEGALA BALA AGENSI DICUCUK HIDUNG DAN DIPAWAH/KASIKAN DEMI KUASA,MUNGKINKAH GEROMBOLAN UMPORNO AKAN GUNAKAN 'EMERGENCY LAW' KALU KALAH DAN ISTIHARKAN DARURAT ? MATLAMAT MNGHALALKAN CARA BAGI PUAK-PUAK INI ! ALLAHU AKHBAR !

    BalasPadam
  2. Dah puas hang kutuk, fitnahkan, hang tutup dengan takbir pulak...banyak cantik muka hang !!
    mencemarkan imej Islam..

    BalasPadam
  3. Itu hang belum dengaq lagi Anuat merayu, Nik Ajis merayu, LGE maki melayu...!!

    Nak mintak undi tentu laa Najib merayu,..takkan nak bertempik pulak..!!

    bingai..

    BalasPadam
  4. aku rasa rakab ni barua umporno, berapa juta umporno kasi sama lu.parti umporno penipu akan berkubur pada pru 13 nanti takbir

    BalasPadam
  5. Habih Umno menaikkan martabat isam lah..kah3
    hanya manusia jahil murakab dan buta hati sahaja mcm lu rakab yang tinggal utk meyokong umno.

    Pinjam kata lu punya bekas presiden kesyangan Rakab,Mahathir "Umno kini hanya tinggal orang yang bodoh sahaja,sbb orang yang bijak pandai tidak ada tempat dalam Umno" hahaha..sahlah Umno hanya tinggal orang BODOH macam rakab.Kah5

    BalasPadam
  6. betui ..............mulanya aku terkejut juga dr Mahathir kata macamtu..fikir punya fikir.Memang beno yang bijak pandai abis lari ke PR yang tinggal yang bodoh dan kaki ampu...........

    BalasPadam