Ahad, 27 November 2011

Panass..BN Kini Sudah Mati - Azmin

Barisan Nasional sebenarnya telah mati dan hanya tinggal nama yang diusung Umno sebagai modal politik, begitu menurut Timbalan Presiden Azmin Ali dalam sesi temubual khas Fokus Berita malam tadi.

Beliau berkata rakyat Malaysia umumnya sedar parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC dan Gerakan kini hanya perkakasan mewarnai teater propaganda Umno.

"Bagi saya Barisan Nasional tidak lagi wujud. MCA, Gerakan, MIC dan beberapa parti-parti komponen lain tidak lagi relevan. Kalau kita tanya masyarakat, MCA dan Gerakan itu parti sejarah dan tidak lagi mampu membela nasib masyarakat Cina.

Yang tinggal dalam BN sekarang ini hanya Umno yang masih lagi mempunyai sedikit pengaruh khususnya dikalangan orang-orang Melayu,".jelas Azmin.

Fokus Berita khas itu sempena Kongress ke-8 PKR di Pulai Springs Resort di sini.

Ketika keputusan rasmi PRU-12 diumumkan, BN kehilangan 82 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang dipertandingkan, dengan hanya Sabah dan Sarawak memastikan BN membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Sekiranya Wilayah Persekutuan dianggap sebuah negeri, BN kehilangan enam negeri semuanya. Di Negeri Sembilan, BN hidup dengan hanya majoriti empat kerusi. Di Pahang, BN kehilangan ibu negeri Kuantan.

Parti komponen BN yang dikatakan mewakili suara rakyat bukan Melayu, MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Rakyat Malaysia (PPP) kalah teruk di kawasan-kawasan yang merupakan kubu kuat mereka sebelum 2008.

Semua kerusi Gerakan disapu bersih di Pulau Pinang, MCA kehilangan lebih dari 30 peratus kerusi mereka manakala MIC sekadar mampu mempertahankan 8.3% sokongan berbanding 72.4% peratus yang diperoleh pada pilihanraya 2004.

Kajian insitut kajiselidik ASLI meramalkan masa depan yang samar buat BN dengan meningkatnya penghijrahan ke bandar setinggi 73% menjelang tahun 2020.

Satu-satunya penghalang kepada reformasi Malaysia adalah Umno dan Azmin berkata tema "Malaysia tanpa Umno" adalah usaha Parti Keadilan Rakyat untuk menyedarkan masyarakat Melayu.

"Kepercayaan bahawa hanya Umno yang dapat membawa kemakmuran kepada rakyat sebenarnya telah dimitoskan lebih 50 tahun, sehinggakan realiti dibawah ialah rakyat takut untuk melakukan perubahan kerana kebimbangan apa akan jadi kepada negara ini tanpa Umno." katanya.

7 ulasan:

  1. Selamat tinggal PKR......

    BalasPadam
  2. kalau berani saman papagomo dan eskay....pemimpin bermoral tinggi akan melakuka tindakan saman kenapa anwar raja saman malaysia tak berani saman nallakarupan, umi hafilda dan sekurang-kurangnya bloggers papagomo....berani kerana benar takut kerana salah.....kalau karat tetap karat gak

    BalasPadam
  3. tinggal umno selamanya

    BalasPadam
  4. Umno pun kini semakin mereput dengan gejala rasuah,penyelewengan,Salah guna kuasa dan paling teruk parti paling lucah dan menjijikkan...

    Sbb itu sesuailah kalau Umno menjadikan Lembu Shahrizat sebagai Idola,sebab pemimpin Umno semuanya bodoh macam lembu (pinjam kata mahathir,bhw Umno hanya tinggal orang bodoh) kah3

    BalasPadam
  5. Azmin is a nobody, bila dia bercakap it means nothing. PKRlah sebenarnya yang sudah tidak relevan langsung di zaman sekarang ni. 2008 dan 2012/2011 adalah tidak serupa. Mereka yang mengundi PKR pada 2008 tidak mengetahui kesan dan akibat daripada perbuatan mereka pada ketika itu.

    BalasPadam
  6. Muur lah anwar dah keluar UMNO sekarang masukkan orang rang kuatnya dalam PAS...dulu UMNO pernah baling kerusi masa mesyaurat acawangan dan banagian smasa anwar jadi TPM sekarang penyakit aljuburi melanda parti yang dipimpin nak tngok lepas ni Pak Lebai bahlul dalam PAS baling kerusi tungguuuuuu......tahniah CIFUT BABI ahli PAS dah jadi bingai....

    BalasPadam
  7. Jangan marah tuan2..apa-apa pun kita tunggu PRU13!!!

    BalasPadam