Isnin, 21 November 2011

Panass..Pak Din Akui Rakyat Semakin Bencikan Umno..

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata antara cabaran besar yang dihadapi oleh pemimpin dan anggota Umno ialah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sambil bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa banyak usaha yang perlu dilakukan oleh parti itu untuk mendapatkan sokongan rakyat, Muhyuiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata cabaran yang dihadapi oleh parti pada masa ini bukan mudah.

"Mungkin boleh dibandingkan dengan Umno dahulu, zaman Tun dan zaman sebelum itu, tetapi situasi sudah berubah.

"Jika zaman dahulu, kita lebih mudah (mendapat sokongan rakyat), kerana banyak yang pada waktu itu memahami dan dapat menghayati sejarah lampau.

"Generasi sekarang tidak membawa "baggage" (beban) masa lampau, mereka lahir lepas merdeka, dengan kemajuan pembangunan, jadi mereka tidak terikat dengan "baggage" ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Ilham Desa peringkat kebangsaan di sini Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir dalam sebuah akhbar semalam antara lainnya bahawa wujud banyak pertikaian dalaman dalam Umno selain parti itu menghadapi kekurangan ketua-ketua yang berkebolehan.

Sambil menyifatkan pandangan Dr Mahathir itu adalah kerana bekas Perdana Menteri itu cinta dan sayangkan Umno, Muhyiddin berkata generasi sekarang melihat situasi baru dan masa depan berdasarkan perubahan pemikiran yang kini wujud dalam masyarakat.

"Jadi, cara nak menguruskan perubahan ini tidak serupa dahulu. Dulu mudah sahaja, orang cakap semua orang ikut.

"Hari ini dengan ilmu, teknologi dan informasi, kita kena bijak menguruskan keadaan. Perkara-perkara yang ada asas pertimbangan (seperti) ketelusan, hak asasi manusia dan hal sebegini, sudah menjadi lumrah dalam situasi perubahan minda sekarang...yang dahulunya, tidak menyerlah.

"Pimpinan Umno dan BN sedar tetapi soalnya bagaimana nak tanganinnya. Kita dah cuba tetapi saya bersetuju dengan Tun (usaha itu) tak cukup lagi, belum cukup mantap," katanya.

Muhyiddin juga berkata andaian kononnya Umno dan BN tidak mengambil langkah memperbaiki dan mengukuhkan parti dan kerajaan adalah tidak tepat selepas berlaku "tsunami politik" pada 2008.


JuRaGan : apa-apa pun terima kasih pada Jauhi Caula Malaysia (Kak Jat) kerana
menambahkan kemeluatan rakyat kepada Umno Haprakk..



2 ulasan:

  1. bodoh sejarah yang benar lah yang mengajar bagaimana kerajaan atau raja tu menjaga berapa banyak kerajaan yang naik dan yang tumbang mana lu punya interlectual sebagai mentri pendidikan

    BalasPadam
  2. sebenarnya, rakyat tak benci umno.
    yang rakyat benci pemimpin2 umno,
    termasuklah pak udin.
    dahlah sembab, bodoh pula.
    dahlah sombong, bangang pula.

    BalasPadam