Isnin, 21 November 2011

Puak Bangangg...Jangan Fakta Lwn Akta Beb..!!

Semalam Pak Najib rasmikan Kelab sukarelawan Media Sosial 1Malaysia (MyVoice) mengumpulkan lebih 2,000 pengamal media sosial seluruh negara dilancarkan semalam dalam mengintegrasikan perjuangan menentang kepalsuan dan pembohongan pihak pembangkang di alam maya.

Bagi gua ini adalah yang terbaik,fakta lawan fakta..jangan Fakta lawan Auta ataupun yang biasa dilakukan oleh Umno Haprak ialah Fakta lawan Akta!!Kalau inilah yang dikehendaki oleh Najib maka blogger Pakatan Rakyat akan sambut cabaran ini,untuk kita memberikan kefahaman dan membuka mata masyarakat akan kezaliman dan penyalahguna kuasa pihak pemerintah dalam mentadbiri negara sehinggakan rakyat menjadi semakin tersepit dan terhimpit.

Jangan pula,disebabkan kalah dengan hujah dan fakta Umno menjadi ganas lalu menahan,menangkap dan mengambil tindakan kepada blogger pembangkang..ini dayus namanya beb..sedangkan blogger Haprak macam papagomo yang menulis dengan tidak beretika dan fitnah semata-mata dibiarkan saja.

Dalam kenyataan Pengerusi konvensyen Kelab sukarelawan Media Sosial 1Malaysia (MyVoice) Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin Mohd. Sharkar berkata, "walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memakmur dan memajukan negara, namun segala usaha tersebut terganggu dan terhalang akibat fitnah dan permainan politik yang melampaui batas."

Jangan pulak asyik salahkan blogger Pembangkang wahai Datuk Sharkar..apakah fitnah namanya apabila blogger pembangkang mendedahkan penyelewengan wang rakyat dalam kes RM250 Juta dalam kes NFC Shahrizat ,apakah fitnah namanya dengan pendedahan skandal PKFZ yang hilang bebilion ringgit.

Apakah fitnah namanya apabila pendedahan kes FELDA menipu rakyat di Kelantan,sehingga terbukti dimahkamah.Apakah fitnah juga apabila Rosmah disabitkan dengan pembelian melampau cincin RM24juta,yang diakui sendiri oleh menteri umno bahawa cincin tersebut dipulangkan semula..maksudnya memang adalah tu,kalau tidak macam mana nak pulangkan barang yang takda..kah3..banyak lagi penyelewengan yang perlu didedahkan kepada rakyat kerana dalam Al-Quran Islam tidak membenarkan umatnya cenderong kepada pemimpin yang melakukan kezaliman.

Pemimpin Umno sendiri mau ingat beb..jangan apa yang ditulis oleh blogger pembangkang semuanya fitnah dan apa yang ditulis oleh blogger upahan haprah umno semua betul dan di cover oleh pemerintah walaupun fitnah semata-mata..Ingatlah!! Sesungguhnya cahaya kebenaran tidak akan mampu kamu tutupi,kerana Allah maha berkuasa menyinarkannya..Tunggu!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan