Rabu, 30 November 2011

Siapa ARTIS Bukan Ahli Umno,Tapi Dapat Anugerah Khas Puteri Umno..

Pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed dianugerahkan Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri Umno pada Perhimpunan Agung pergerakan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Rabu.

Lisa Surihani yang merupakan Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 semasa ditemui berkata, beliau berbesar hati dan bersyukur dengan anugerah tersebut.

"Saya terkejut apabila menerima surat yang memaklumkan mengenai anugerah ini. Saya nampak ia sebagai sesuatu yang positif bahawa seseorang boleh melanjutkan pelajaran dan menceburkan diri di dalam bidang seni," katanya yang merupakan graduan jurusan undang-undang.

Lisa juga mengakui bahawa beliau bukanlah seorang ahli Puteri Umno.

"Tetapi berada di perhimpunan seperti ini telah menyuntik semangat saya," katanya sambil menambah adalah terlalu awal untuk beliau mengatakan dirinya telah bersedia untuk menyertai politik.

1 ulasan:

  1. Tahniah Lisa. Kesian Putri UMNO, dalam ramai ramai tu tak ada seorang pun yg berkalibar hingga anugrah tersebut terpaksa di beri pada yang bukan ahli Putri.

    BalasPadam