Selasa, 22 November 2011

Siapa MP Umno "Mengamuk" Sampai Nak Jual Kereta..??

ISU atlet terpaksa pulang sebelum sempat mengambil pingat emas Sukan Sea di Palembang, Indonesia, minggu lalu, menjadi topik hangat ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012, di Parlimen semalam.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dan Salleh Kalbi (BN-Silam) bangun bersilih ganti mendapatkan penjelasan berhubung peranan pegawai mengikuti kontinjen negara ke negara berkenaan.


Malah, sesi penggulungan semakin hangat apabila Mohamad Aziz bangun beberapa kali bagi mengulas isu peranan pegawai secara lebih emosi.

“Anak-anak muda kita, 4x400 (kuartet 4x400 meter negara)...dah menang dah, tapi kenapa dilayan begitu buruk? “Mereka ini tak seharusnya dibawa ke lapangan terbang pulang ke Malaysia tanpa sempat menerima emas,” katanya.


Kekecewaan sama disuarakan Abdul Rahman apabila mempersoalkan peranan pegawai sukan yang didakwa lebih ramai berbanding atlet.


“Katalah dalam kes sebegini, RM1,500 saja tambang, tak ada kah pegawai mampu keluarkan...balik nanti claim (tuntut) balik. Ini dah jadi kesalahan yang tidak boleh dimaafkan,” katanya bersambut kritikan keras daripada Mohamad Aziz.

“Ini jenis pegawai biawak hidup! Dia balik, harus menghadap Perdana Menteri memohon maaf sebelum letak jawatan. Tak ada alasan sebab ini satu kelemahan memalukan.


“Kalau saya ketua pasukan itu, biar saya jual kereta buruk saya untuk tambangkan mereka,” katanya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim ketika menenangkan suasana tegang itu berkata, insiden boleh dielak sekiranya pihak penganjur memaklumkan tarikh dan masa penyampaian pingat terbabit lebih awal.

“Kita kesal kerana tidak berdaya berbuat sesuatu dan ketika perkara itu berlaku, kita tidak dapat membuat keputusan.

3 ulasan:

  1. Sedih dan pilu bila dengar berita ini,mungkin inilah saat bersejarah mereka dan sekali dalam hidup naik ke podium dan memenangi emas utuk negara.

    Malangnya menteri Umno yg jaga sukan boleh cakap tak tahu saja..mengapa jadi bodoh sampai macam ini..??

    Najib dan rosmah habiskan 9.8 juta untuk penerbangan keluar negara melawat dan bershopping...atlit kita setengah mampus nak naikkan nama negara,tapi dihina sampai begini!!

    aku seorang ahli sukan dan aku berjanji kali ini aku tak akan undi BN.

    BalasPadam
  2. ini lagi satu alasan banggang, nak salahkan penganjur pulak... kalau dah menang tunggulah utk penyampaian pingat... yg gelojoh sangat nak hantar atlet balik apasal... tu yg pegawai2 dok mengangkang kat sana tak buat kerja pun ramai... kenapa tak hantar balik...

    BalasPadam
  3. itulah 1malaysia namanya.

    BalasPadam