Khamis, 24 November 2011

Umno Kecut Perut...2000 Orang Berkumpul Di Jempol..

JEMPOL - Gugusan Felda Palong, khususnya Felda Palong 6 mencatat sejarah tersendiri dalam sejarah politiknya apabila Perhimpunan Warga Felda dan Majlis Pelancaran Manifesto Warga Felda berjaya menarik lebih 2,000 peneroka, kelmarin.(gambar Hiasan)

Perhimpunan dilancarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Difahamkan, sebelum ini pihak penganjur hanya mampu menarik kira-kira 100 peneroka sahaja untuk sebarang program ceramah daripada Pakatan Rakyat kerana ia adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Anwar dalam ucapannya berkata, beliau terharu dengan sambutan diterima dan tidak percaya dengan kebanjiran luar biasa ditunjukkan peneroka Felda, di sini.

Katanya, kubu kuat BN akhirnya berjaya ditembusi PR dan tidak mustahil calon PR akan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Palong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, beliau percaya kebangkitan warga Felda, khususnya golongan anak muda mampu membantu memberi kemenangan kepada calon PR di Palong, Jeram Padang, Serting dan Jempol.

“Nasihat saya kepada Umno, jangan berdendam, jangan balas dendam dan jangan hukum orang dengan perasaan apabila menyedari sokongan warga Felda kini mula berpihak kepada PR,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas; Adun Bahau, Teo Kok Seong; Adun Ampangan, Rashid Latiff, Ketua Cabang Keadilan Jempol, Karip Mohd Salleh; Yang Dipertua Pas Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan