Selasa, 22 November 2011

Umno Kini Menyerang..??

Sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, pelbagai isu negatif timbul yang dibangkitkan oleh pembangkang terhadap Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Isu-isu yang dibangkitkan itu bukan sahaja membabitkan negeri yang pernah ditadbir BN seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor malah turut menyentuh isu peribadi yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terbaru, kerajaan juga diserang dalam isu Pusat Fidlot Nasional (NFC)daripada segi pengurusannya dan perbelanjaannya oleh pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun tuduhan itu sudah dijawab dengan terperinci oleh pengerusi eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Melihat rancaknya serangan media pembangkang terhadap kerajaan pimpinan BN, ramai tertanya-tanya sampai bilakah Umno dan BN hanya mahu bertahan dan tidak menyerang balas?

Serangan pembangkang banyak ketikanya tidak berdasarkan fakta, jauh sekali untuk menyemaknya dengan pihak yang dituduh.

Bahkan tidak kurang yang sengaja diada-adakan, seolah-olah kerana mereka menyokong pembangkang, mereka berhak menyerang sehingga ke tahap memfitnah.

Banyak juga yang bertanya, salahkah jika BN turut menyerang tetapi dengan berdasarkan fakta yang jelas, supaya pembangkang kenal langit tinggi rendah.

Pepatah ada menyatakan bahawa pertahanan yang paling baik ialah dengan menyerang, dan strategi ini banyak digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk sukan.

Ini sepatutnya dijadikan sebagai satu kaedah menghadapi peperangan terbuka daripada sudut politik, bukan sahaja di media cetak dan elektronik malah di media baru seperti portal berita, laman sosial seperti Facebook dan Twitter.


JURagan : Lu orang nak serang dengan apa beb..semua yang perangan "Busuk" lu orang buat,bila PR terhidu baunya..lu orang cakap itu fitnah,ini dunia IT beb..rakyat bukan bodoh macam pemimpin dan penyokong Umno yang buta maklumat..Undi Umno,Undi Pemimpin Korup!!



1 ulasan:

  1. kalau serang tak der citer lain liwat sex liwat sex dah jadi ratib umno..

    BalasPadam