Selasa, 22 November 2011

Undang2 Baru Utk Berhimpun Paling Gilaa Ooo..

Undang-undang baru perhimpunan aman membawa lebih banyak elemen menekan rakyat dan mengekang kebebasan awam selain memberi polis kuasa luas untuk menahan orang, dakwa Pakatan Rakyat hari ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman lebih “teruk” berbanding undang-undang berkaitan dengan perhimpunan awam sebelum ini dan kandungan baru menunjukkan orang ramai tidak boleh berhimpunan di mana-mana sahaja di Malaysia.

Seksyen 27 akta baru ini menyebut bahawa perhimpunan awam tidak boleh diadakan di pekarangan stesen minyak, hospital, balai bomba, lapangan terbang, stesen kereta api, terminal pengangkutan darat, pelabuhan, limbungan, terusan, jambatan, rumah ibadat, tadika dan sekolah serta empangan.

Ia tidak membenarkan protes jalanan dan melarang perhimpunan di zon 50 meter dari kawasan-kawasan larangan disenaraikan.

“Undang-undang baru ini seharusnya dipanggil rang undang-undang perhimpunan haram, lebih buruk daripada undang-undang lalu.

“Malaysia mempunyai banyak rumah ibadat, lihat pada kawasan larangan, anda tidak boleh berhimpun di mana-mana pun di Malaysia,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) kepada pemberita hari ini.

“Ini tekanan, penindasan tambahan,” katanya lagi.



5 ulasan:

  1. UmnoBn betul-betul dah confirmed kecut perut.. dah tahu nak telungkup.. Klu tidak, takkan menggelupor.. Sori la Umno... Anak Muda said... Go To Hell!!!

    BalasPadam
  2. Perhimpunan awam tidak boleh diadakan dibanyak tempat. Ini bermakna kalau pelajar sekolah berhimpun tanpa uniform di sekolah akan boleh disalah tafsir sebagai himpunan awam. Padahal UMNO selalu buat himpunan di premis kerajaan.

    Rombongan akad nikah di masjid boleh disalah tafsir sebagai himpunan awam, pi sembahyang di masjid perlu berkumpul dan semuanya adalah orang awam, penyokong-penyokong bola tidak lagi boleh menyambut kepulangan pasukan bola sepaknya di airport.

    Kenduri kahwin di rumah yang terletak di tepi rumah perlu lesen jugaklah nampaknya... sebab itupun jenis himpunan aman juga. Siap akan kena denda lagi sebab ada penyertaan kanak-kanak. Majlis berkhatan akan didenda sebab akan melibatkan kanak-kanak, majlis harijadi juga akan bermasalah. Berkumpul untuk makan di restoran pun akan boleh disalahanggap sebagai himpunan.

    Kalau macam ni, nampaknya tiada siapalah yang akan menyambut ketibaan PM dan menteri dalam majlis-majlis rasmi. Biar dia berucap dengan dengan kerusi macam Zul Kulim.

    Tapi aku lihat tiada pula yang mengatakan bahawa kita tak boleh berhimpun di hadapan rumah perdana menteri, maka apa lagi kita kepung sampai depa surrender dalam PRU13.

    Banyak songeh sangat BN ni maka aku memohon kehadrat Mu, "Ya Allah, jadikan Akta 27 yang baru dibentang ini sebagai salah satu penyebab tumbangnya UMNO/BN dalam PRU13, sebagai mana engkau tumbangkan pemerintah zalim di Algeria, Mesir dan Libya".

    BalasPadam
  3. Undang2 Desperado .... itu UMNO punya batu sama itu batang sudah dalam masuk.

    BalasPadam

  4. arrayah.info
    - Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bertentangan Al-Quran dan Sunnah

    BalasPadam