Abdul Aziz berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau kini berasa tidak lagi sesuai untuk terus berkhidmat di universiti itu.
Menurutnya, beliau telah cuba untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli akademik yang prihatin dengan masalah masyarakat, apabila melontarkan beberapa pandangan terhadap isu yang kritikal, namun pesekitaran di universiti berkenaan menyebabkan niatnya itu dianggap sesuatu yang ganjil, sekali gus gagal untuk menjadi seorang ahli akademik ideal.
“Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, saya tak nampak ada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di universiti itu mahupun di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama pertubuhan bukan kerajaan, Waris Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia di Mayang Sari Resort di sini, petang semalam.
Ketika ditanya apakah beliau akan menyertai politik selepas meninggalkan UIAM, Abdul Aziz yang juga seorang kolumnis Sinar Harian berkata, beliau lebih suka memilih bidang akademik sebagai kerjaya dan buat masa ini, tidak berhasrat untuk menyertai parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang.
INILAH YANG PROFESOR-PROFESOR KANGKUNG DI IPT DI MALAYSIA MAHU ! DIAM SAJA BILA DOK DIIPT JADI PAK TURUT SUDAH ! ANGGUK SAJA CUKUP BULAN AMBIL GAJI, BIAR MERUAH TERGADAI DAN KEBEJATAN BERMAHARAJAGILA JANGAN BERSUARA LANGSUNG ! MALAYSIA OH MALAYSIA NEGARA YANG RAKYAT TAK BOLEH JADI BIJAK TAPI MESTI JADI LEMBU PAWAH DICUCUK HIDUNG !
BalasPadamUmno tAK suka prof yang cerdik membela orang melayu daripada penindasan dan penipuan pemimpin Umno,jadi sekarang siapa yang rugiii..org melayu bangang yang rugi!!
BalasPadamAmatlah malang jika ahli ilmuan tidak boleh memberi pendapat dan pandangan (walaupun bernas) jika berlawanan dengan prinsip pemerentah menerima nasib sepeti ini. Percanggahan pandangan boleh meracun pemikiran pelajarnya dan membenihkan akal untuk melawan arus yang telah sedia bergolak masa kini (?).
BalasPadamJadi penyingkiran adalah jalan terbaik ( tarik diri ) tetapi kesan dari tindakan ini akan bercambahnya idea-idea baru dalam sistem akademik hari ini. Contohnya malaysia tak pernah dijajah oleh Zainal Kling dan Koo Kay Kim. Apa implikasi kemerdekaan dan siapa pejuang kemerdekaan?
Apa kata Ustaz Azizan Razak jemput dia ke KUIN?
BalasPadammasih teringat cerita Hang Nadim yg dibunuh kerana kecerdikannya seolah mengancam org keliling raja masa itu kerana kurang cerdik(bodoh) mereka itu
BalasPadamYang ada dalam UMNO sekarang semua kaca-caca yang tak beharga.Intan dan berlian semuanya di benamkan di dalam lumpur.Jadi.....kaca-kaca inilah yang berlagak macam intan dan berlian.
BalasPadam