Khamis, 22 Disember 2011

Beginikah Akhirnyaa.....

Bising dengan kenyataan bukan contoh bijak apatah lagi bagi pimpinan PAS. Saling berbalas kenyataan di media menunjukkan sikap "tidak bijak" yang diserlahkan . Itulah polemik yang dihadapi oleh PAS akhir akhir ini lantaran adanya pemimpin yang mengambil sikap menyerang melalui media.

Keputusan memanggil tiga individu di dalam PAS iaitu Saari Sungip, Hassan Ali dan Ustaz Nasharudin adalah tindakan terbaik biarpun agak lambat. Saari Sungip adalah orang yang memulakan permainan tersebut. Apakah ianya dibuat secara tidak sengaja atau perancangan yang sangat rapi tidaklah diketahui kerana Saari adaalah seorang pemimpin besar sebelum bersama PAS yang tentunya punyai banyak strategi.

Hasan Ali yang menjadi tumpuan kerana apa yang disifatkan beliau sebagai " prinsip" masih terus bermain mengikut rentak musuh. Saya tak fikir seorang yang sebijak Hasan tidak menyedari dirinya dipergunakan. Apa yang berlaku pada Hassan mungkin kerana "prinsip" yang dirasakan betul. Beliau bukan ahli politik. Dinilai pada prinsipnya, Hasan Ali agak tinggi kemelayuannya yang ada kalanya mengatasi kefahamannya terhadap Islam yang barangkali dibina oleh kerangka " melayu itu islam, islam itu melayu". Hanya satu sikap Hasan Ali yang boleh mengekalkannya di dalam PAS... Hormatnya terhadap ulama... Jika benar, Hasan perlu merujuk "prinsip" nya itu dengan ulama...bukan kefahaman dangkalnya berdasarkan melayu sahaja!

Pada saya ustaz Nasha tidak melakukan kesalahan yang besar. "Besarnya" kesalahan ustaz Nasha hanya kerana hukuman yang diberi oleh Mustapha Ali. Sebagaimana besarnya kesalahan ustaz nasha dulu kerana hukuman TGNA. Terhapuslah kesalahan Ustaz Nasha apabila TGNA menarik balik kenyataannya... tanda jiwa besar seorang Ulama! Ustaz Nasha bertegas dengan perjuangan islamnya dan kenyataan serta tindakannya tidak pernah menunjukkan ketidaksetiaannya terhadap PAS. Apa yang dipalitkan kepada Ustaz Nasha ialah rentetan usaha menjatuhkan beliau sewaktu mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

Barangkali PAS juga perlu "menasihatkan" Mustapha Ali yang menggunakan media rasmi PAS untuk menyerang pimpinan sendiri tanpa memanggil mereka. Beliau punya kuasa untuk memanggil tetapi memilih jalan yang merosakkan. Barangkali juga Harakah dan pengurusannya boleh dia"ajak " sama.

Kenyataan mahfuz Omar juga dilihat keterlaluan. Kenyataan itu bukan sekali malah diulang dua kali. Saya tidak fikir Mahfuz boleh menggunakan kuasanya sebagai Naib Presiden untuk menjatuhkan hukuman atau menghalau sesiapa dari PAS. PAS bukan milik individu. Sebagaimana Hassan Ali tidak boleh menggunakan kepalanya sendiri untuk menentukan halatuju parti, maka Mahfuz juga tidak boleh menggunakan kepalanya sendiri untuk menghalau sesiapa dari PAS.

Mungkin kenyataa Khalid Samad dan Ust Nik Abduh tidak menyesakkan dada. Ia lebih kepada mendamaikan. Walaupun Khalid sedikit tersasar dengan mensifatkan kenyataan Hasan dan ust Nasha kerana "Kecewa"... sesuatu yang bersifat dugaan dan tuduhan yang tak pasti serta kurang wajar, namun ia bukanlah sesuatu yang besar.

Cadangan Ketua pemuda Pusat agar majlis mahabbah dilakukan adalah cadangan terbaik...mungkin apa yang dilakukan PAS pusat juga sebahagian darinya...dipanggil untuk memberi peringatan, namun dengan suasana mahabbah kerana kita ahli jamaah .

Diharapkan tindakan PAS pusat ini akan memberi kepuasan kepada semua pihak. Janganlah ada duri yang terus dicucuk untuk menghangatkan hati yang boleh disejukkan. Adab berjamaah mesti diutamakan jika ingin terus kekal dalam jamaah! dengki dan dendam tak perlu dipanjangkan untuk menghalau atau terus menyingkirkan sesiapa. itupun jika kita berjuang "KERANA ALLAH" dan bukan tujuan lain.....blog NakkkSangatttt

2 ulasan:

  1. Salam,

    Hamba setuju sangat dengan ulasan Tuan Hamba!

    BalasPadam
  2. Salam,

    Setuju. Ulasan terbaik sehingga ini. Carilah jalan penyelesaian terbaik wahai pemimpin2 semua. Bersihkanlah niat, lupakanlah ego masing2.

    BalasPadam