Rabu, 28 Disember 2011

Kenyataan Terkini Nik Aziz Terhadap Hassan,Umno Bersorakk..

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali telah meminta maaf kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya terhadap parti sebelum ini dalam satu pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu di JKR 10, Bachok, Kelantan pada Selasa.

Malah, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataan negatifnya yang telah menjejaskan nama baik parti.

Pertemuan itu turut disertai bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Turut hadir sama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Media rasmi PAS itu memetik Nik Aziz sebagai berkata, beliau melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Hasan yang bersedia memohon maaf dan menarik balik kenyataannya sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hasan."

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pertemuan ini dianjurkan oleh PAS pusat.

"Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia," tambahnya.

Menurut Nik Aziz, beliau sendiri akan membuat kenduri makan tengah hari kecil-kecilan di kediaman rasminya tanda kesyukuran penyelesaian kes tersebut.

"Saya berharap PAS pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.Kenyataan..


JuRaGan : Umno dan Perkosa Bersorak Kerana Meroyannnnn..kuah3



15 ulasan:

  1. ada pimpinan Pas yang lebih seduk dari kuah,tengok mcm mana ulamak selesaikan masalah,rahmat dan berkat dari Allah.Mahfuz si "Bahlul" pandai2 suruh orang keluar PAS,ingat Pas ini BAPAK dia punya ke?Itu bukan nak selesai masalah,malah menambah masalah lah bahlul.

    Inilah golongan profesional dalam PAS yang semakin menyerlah kebodohan dan kegopohan dalam menonjolkan diri mereka dalam organisasi.Hidup Ulamak!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,inilah pentingnya kempipinan Ulamak.

    BalasPadam
  3. Dua-dua Ali jangan buat hal lagi,menyusahkan Parti lebih baik tumpukan kepada PRU 13 untuk kemenangan PR..Insyaallah.

    BalasPadam
  4. Allah s.w.t memberikan rahmatnya dgn menutup pintu perbalahan sesama pemimpin..Menutup pintu bg para Munafiqin dari membatu api antara sesama org-org beriman..
    Kita kena faham dlm Displin Iktilaf,tiada yg salah dlm melahirkan Ijtihad wlwpun bercanggah antara satu sama lain dan tidak dinasabkan sebagai berdosa..Tiada siapapun yg bersalah jika kalian memahami prinsip dan displin para Mujtahid..
    Yg sebenarnya kita yg lemah pemahaman dan org Munafiq mengambil kesampatan utk melaga-lagakan sesama kalian..Setelah tamatnya peristiwa ni dptkah kalian mengenal siapakah golongan Munafiq dlm perbalahan ini?
    Org-org yg meraikan perbalahan inilah golongan munafiq itu..

    BalasPadam
  5. teringat kata-kata hasan ali
    ...baik-baik nak perjuangkan negara Islam dengan hukum hudud ditukarnya kepada negara kebajikan ala Sweden

    BalasPadam
  6. Allah akan tunjukkan siapakah yang akan meraih keuntungan pada pru13 nanti, pas atau umno?

    "Nik Aziz yakin hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat."

    ia bukan masalah isu, ia memang dirancang umno. ini baru bab 1. tunggu bab 2. kuang, kuang, kuang. mana stopa ali? dah settle ikut skrip umno?

    wallahu'alam

    BalasPadam
  7. satu kesilapan menyimpan musuh dalam pasukan.tanpa disedari segala rahsia akan samapai kepasa musuh tanpa kita sedari.jangan percaya dengan tipu muslihat hasan ali.

    BalasPadam
  8. Beliau dimaafkan tetapi hassan ali wajib sedar dia bukan seorang pemimpin yang wajar di ikuti atau di tauledani. Beliau kini sepertimana lain lain ahli biasa dalam PAS dan jika ada airmuka dan malu pada Allah apalah salahnya dengan ketinggian budi dan akhlak beliau harus kurang bercakap tetapi lebih beramal dan menolak pencalonan nama untuk bertanding PRU 13 nanti.

    BalasPadam
  9. Lepas ni jangan sape dalam PAS buat perangai macam HA ; Kutuk parti habis-habis + sidang media + media TV3 x test power = minta maaf@maaf itu baik ÷ pemaaf pemimpin tertinggi

    BalasPadam
  10. senang nak minta maaf tapi hati aku telah terluka ,bila ingat memek muaka dia bila buat kenyataan kat tv3 yg bangang tu. aku nak tanya tv3 nak siarkan atau tidak,kenyataan maafnya

    BalasPadam
  11. Jangan jadi kanak-kanak bila rasa bersalah minta maaf lepas tu buat lagi.Salah hi hassan jangan ulangi lagi. pas akan terus kehadapan Insayallah.

    BalasPadam
  12. hahahahaaaaa....Bangkai gajah mana boleh kau tutup dengan nyiru...!!

    Walaupun Hasan Ali telah memimta maaf, tapi itu adalah semata-mata kerana dia sayangkan Pas, sementelahan pula PRU13 dah semakin hampir...

    Hakikat bahawa pertelingkahannya yang mewakili kumpulan ulamak dengan pemimpin-pemimpin puak Erdogan tak pernah padam.

    Ianya umpama api didalam sekam. Sentiasa membara !
    Situasi dalam Pas akan semakin memburuk. Perpecahan dari dalam pasti menghancurkan Pas sedikit demi sedikit !!

    Tunggu saja laa..

    BalasPadam
  13. Esshhh! kalu yg.datang minta maaf tue Ibrahim Ali.,mcm mne pulak yer....?

    Dia mengaku kesilapannya..dia mengaku atas apa jua yg.di lakukannya.

    Ada kah TGNA buat kenduri gek?

    Jgn maree,sekadar bertanya.

    BalasPadam
  14. hahahahaaa...

    Hasan Ali menafikan beliau ada memohon maaf dengan Nik Aziz, walau
    pun mereka ada perjumpaan di Kota Bahru.

    Harakah ni yang memandai-mandai atau Nik Aziz yang berdusta..

    Aku rasa dua-dua pun sama..!!

    BalasPadam