Isnin, 26 Disember 2011

Mayat Di Pembahagi Jalan...

Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan pembahagi jalan di Jalan Pandan Indah menghala ke Taman Shamelin Perkasa, Ampang di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohamed Nazri Zawawi berkata, siasatan awal mendapati lelaki berumur 30-an itu dipercayai warga tempatan berdasarkan parut suntikan vaksin BCG pada bahunya.

"Ketika dijumpai, terdapat luka pada dahi, kesan seretan pada belakang badan mangsa dan kaki kanannya patah.

"Mangsa dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian dan identitinya tidak dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)untuk dibedah siasat.

Mohamed Nazri berkata pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira 9.55 pagi.

Enggan mengulas pertanyaan sama ada lelaki itu merupakan mangsa langgar lari atau mangsa jenayah, beliau berkata siasatan masih dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan