Selasa, 6 Disember 2011

Padan Muka..Bangladesh Belasah Anggota Tentera..

Hajat seorang anggota tentera untuk merompak kedai serbaneka 1 Station di Jalan Sultanah di sini buat kali keempat bukan sahaja tidak tercapai malah dia cedera dibelasah oleh pekerja premis yang geram dengan tindakannya itu.

Suspek berusia 29 tahun yang lari dari tugas sejak dua tahun lalu itu cedera di kepala dan badan selepas dipukul dengan kayu oleh dua pekerja Bangladesh, Shairajul Islam, 33, dan Md. Mizan Nur Rahmat, 37.

Difahamkan, suspek datang ke kedai itu dengan menunggang motosikal curi yang diletakkan depan premis tersebut.

Menceritakan semula kejadian pada pukul 4.40 petang kelmarin itu, Shairajul yang ketika itu berada di kaunter pembayaran memberitahu, suspek terus mengacukan sejenis objek menyerupai pistol di bahunya sebelum mengarahkannya supaya menyerahkan wang.

Katanya, dia bagaimanapun enggan mengikut arahan itu kerana dapat mengecam suspek yang pernah merompak kedai itu sebanyak tiga kali sebelum ini.

“Dia kemudian menghentak kepala saya dengan pistol mainan itu. Saya yang geram dengan tindakannya kemudian mengambil sebilah pisau di bawah kaunter lalu mengacukannya kepadanya.

“Kami kemudian bergelut dan pisau itu terpelanting ke luar kaunter sebelum dia mencakar muka dan menggigit kedua-dua belah telinga saya menyebabkan saya menjerit,” ceritanya yang berani melawan kerana tahu suspek menggunakan pistol palsu.

Tambahnya, ketika itulah Md. Mizan datang membantu dan terus memukul kepala dan beberapa bahagian badan lelaki itu dengan kayu.

Menurut Shairajul, melihatkan suspek yang berlumuran darah, dia mengambil kesempatan itu untuk mengikat kaki dan tangannya sebelum menghubungi polis.

“Sebelum ini, saya cam dia yang merompak kedai ini sebanyak tiga kali bulan lalu dengan melarikan wang, rokok dan barangan lain bernilai ribuan ringgit,” ceritanya yang telah bekerja di situ sejak empat tahun lalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan